saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/01/2007

DAP cabar Lim Fui Ming letak jawatan ADUN

SEREMBAN 11 Jan. – Jawatankuasa DAP negeri hari ini mencabar bekas naib pengerusinya, Lim Fui Ming supaya melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau dan bertanding semula atas tiket bebas.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata, Fui Ming wajar mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau kerana dia memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya yang lalu sebagai calon DAP.

“Jika dia mahu keluar parti atau menyertai mana-mana parti, itu hak dia tetapi secara prinsipnya, jika dia keluar daripada parti DAP, maka Fui Ming perlu meninggalkan juga kerusi DUN Bahau,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP di sini, hari ini.

Siew Fook berkata, keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa DAP negeri itu telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang telah bermesyuarat di sini, semalam.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai.

“Kita mahu pilihan raya kecil diadakan di Bahau dan biar rakyat menentukan semula kedudukan di Bahau.

“Lim Fui Ming kata, beliau menang kerusi di Bahau bukan kerana beliau calon DAP tetapi kerana ‘Lim Fui Ming’,” katanya.

Siew Fook menambah, apa yang dilakukan oleh Fui Ming telah mencalar nama DAP dan bagi parti itu, apabila dia membuat kenyataan keluar daripada parti itu bermakna memang berniat untuk berbuat demikian.

“Walaupun dia tidak hantar surat kepada saya atau Setiausaha DAP negeri tetapi dia ada menghantar surat kepada Dr. Chen Man Hin (Penasihat Seumur Hidup DAP). Bagi DAP, dia bukan lagi ahli parti ini,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.