saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/01/2007

SPR buka 12 pusat mengundi

RAUB 16 Jan. – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan membuka 12 pusat dengan 23 saluran mengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, pada 28 Januari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, pemilih diminta memeriksa di pusat mana mereka akan mengundi terlebih dahulu sebelum keluar membuang undi.

Kata beliau, ia bagi memastikan pemilih dapat membuang undi di tempat yang betul.

“Semua kertas undi daripada 12 pusat berkenaan akan dikumpulkan di Dewan Jubli Raub setelah pengundian bermula 8 pagi dan berakhir 5 petang pada 28 Januari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batu Talam di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Raub di sini hari ini.

Beliau berkata, pengundi boleh melakukan semakan daftar pemilih melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari laman web di alamat http://www.spr.gov.my/

Katanya, pengundi juga boleh menghubungi hotline SPR di talian 09-5165025, 09-3558415 atau 09-3559078 bagi tujuan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.