saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 18/01/2007

Sayembara novel tawar RM100,000

AHLI akademik dan sejarawan, R.G Colingwood dalam bukunya, The Idea of History ’berpendapat, novel-novel sejarah merupakan fakta yang boleh digunakan sebagai sumber untuk histriografi.

Menurut Colingwood, setiap peristiwa yang diadaptasi secara fiksyen oleh pengarang pasti berpihak pada kisah benar walaupun diketengahkan ke dalam genre-genre sastera.

Beliau menggariskan novel sejarah sebagai satu cereka yang mengandungi peristiwa-peristiwa yang dihidupkan oleh watak-watak sejarah atau boleh dikesan kewujudannya, selain latar waktu dan tempat boleh dibuktikan kebenarannya.

Bagaimana pun menurutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai fiksyen, fakta-fakta dalam novel sejarah memerlukan rekonstruksi dengan menggunakan disiplin lain seperti sosiologi dan politik.

Dalam konteks Malaysia, penulisan novel-novel yang bertema sejarah masih terlalu sedikit walaupun negara kaya dengan peristiwa-peristiwa besar sejak zaman Kesultanan Melaka hingga era kemerdekaan.

Tidak ramai penulis sama mapan mahupun generasi muda yang cuba menggarap peristiwa-peristiwa sejarah tanah air menjadi karya sastera menyebabkan naskhah seperti itu sangat kurang di pasaran.

Bagi mengisi kekosongan tersebut, Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) melancarkan Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor II.

Tempoh sayembara tersebut adalah selama setahun bermula Januari dan berakhir pada 31 Disember depan dengan mensyaratkan peserta menulis karya yang bertema peristiwa sejarah Johor sejak 1528 hingga Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 1963.

Rentetan peristiwa pula perlu bermula seawal abad ke-16 dengan terbentuknya kerajaan Johor Lama yang berpusat di Kota Tinggi.

Selain itu, tema lain yang boleh diketengahkan dalam penulisan ialah era Johor moden, pemerintahan British, pendudukan Jepun, darurat, penubuhan UMNO dan rentetan peristiwa kemerdekaan.

Matlamat utama ialah untuk mengungkap peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di Johor dalam bentuk novel, selain menimbulkan kesedaran sejarah di kalangan masyarakat menerusi pembacaan.

Bagi menarik penyertaan penulis, sayembara tersebut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 iaitu RM35, 000 untuk hadiah pertama, RM25,000 (kedua) dan RM15,000 (ketiga).

Sayembara tersebut juga menawarkan lima hadiah sagu hati masing-masing bernilai RM5,000 setiap satu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.