saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 18/01/2007

Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PELAN Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010) bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara.

Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.

Sehubungan itu, dalam tempoh PIPP ini, program membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas akan ditumpukan kepada penyediaan bekalan elektrik selama 24 jam termasuk membekal genset berkapasiti 30 hingga 35 KVa ke sekolah pedalaman, merintis penggunaan solar hybrid dan merintis penggunaan empangan mini serta penyediaan bekalan air ke sekolah.

Penumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Selain itu, bagi menambah baik sekolah kurang murid (SKM) yang kini berjumlah 2,261 buah mengikut statistik tahun 2005, kementerian akan menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan.

Sementara itu, bagi menangani norma perjawatan guru sedia ada yang tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan, kementerian akan mewujudkan norma baru serta mengkaji pemberian geran per kapita.

KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut kementerian mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar.

Justeru itu, kementerian akan menyediakan makmal komputer, pusat akses, menambah bilangn komputer dan merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar.

Selain itu, KPM juga akan membestarikan sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing.

Setakat ini kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah sebanyak 96 peratus bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah menengah rendah dan 71.7 peratus bagi sekolah menengah atas.

Cabaran kementerian adalah untuk meningkatkan kadar penyertaan di sekolah rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang Asli dan minoriti.

Sehubungan itu, beberapa langkah telah dikenalpasti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

Bagi menjayakan penguasaan 3M ini, kementerian akan memperluaskan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk Tahun 1, menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap 1, menggiatkan Program Gerak Gempur dan memperkenalkan program khusus Orang Asli dan suku minoriti.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah, kementerian akan menguatkuasakan Pendidikan Wajib, memperluaskan Pendidikan Vokasional di sekolah menengah harian dan memperbanyak program motivasi serta menjalinkan permuafakatan antara warga sekolah, keluarga dan komuniti.

Selain itu, KPM juga akan memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai, menyediakan sistem penyampaian alternatif berorientasikan emotional quotient (EQ) dan kebolehan murid serta mempereratkan kerjasama dengan pihak luar kementerian dalam mengenalpasti punca dan cara mengatasi keciciran.

KPM turut memantapkan program pendidikan bagi pelajar kurang upaya iaitu dengan membuka kelas khas bagi murid autisme dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) serta yang mempunyai kecacatan.

Begitu juga tumpuan juga diberi kepada memantapkan program pendidikan khas inklusif, menghasilkan kaedah penilaian yang diiktirafkan dan menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan.

Kementerian turut akan meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan dan memantapkan instrumen saringan untuk mengenal pasti murid berkeperluan khas.

Untuk menangani masalah kemudahan pengangkutan, kementerian akan menyediakan kemudahan tersebut dan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

KPM turut memfokuskan penyediaan bagi pelajar mengikut keperluan seperti mewujudkan Sekolah Seni serta merintis program khusus bagi pelajar pintar dan berbakat.

Bagi mengadakan program pendidikan untuk kanak-kanak yang direman, kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri akan diadakan begitu juga dengan pelajar yang kini berada di Pusat Pemulihan Komuniti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.