saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/01/2007

Pemuda UMNO mahu pastikan calon bebas hilang deposit


KHAIRY Jamaludin (kanan) dan Shahiruddin Muin beramah mesra dengan anak-anak Orang Asli di Kampung Pos Satak, Raub, Pahang, semalam.


RAUB 24 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO akan mengerakkan keseluruhan jenteranya bagi memastikan calon bebas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Ng Chee Pang kehilangan wang pertaruhan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, pihaknya akan memastikan kesemua penyokong Barisan Nasional (BN) keluar mengundi pada Ahad ini bagi tujuan mendapatkan kemenangan dan majoriti lebih besar.

Jelasnya, persiapan jentera Pemuda setakat ini amat kemas dan langkah-langkah tambahan bagi menghadapi insiden luar jangka seperti banjir juga telah diatur.

“Masa ini kita sedang membuat kajian mengenai kecenderungan dan sikap pengundi untuk memperkuatkan hasrat kita itu,” katanya selepas melawat bilik gerakan Pemuda di Kampung Hulu Sungai, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan pembangkang bahawa mereka memperoleh kemenangan moral jika hanya 50 peratus sahaja pengundi keluar mengundi, Khairy berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Jika 50 peratus tanda ukuran pembangkang, mereka pasti akan melihat suasana berbeza pada hari pengundian,” katanya.

Beliau menambah, tindakan Pas mengadakan ceramah di Kampung Durian Sebatang baru-baru ini sebagai usaha kacau daun tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana isu dibawa mereka tidak melibatkan kepentingan penduduk Batu Talam.

“Kehadiran penyokong pembangkang pun tidak memberangsangkan pada ceramah itu,” katanya.

Setiausaha UMNO Bahagian Raub, Abd. Aziz Mat Kiram akan bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.