saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/01/2007

Kerongsang Jiwa ungkap rasa hati Ibnor Riza


IBNOR RIZA.


KERONGSANG Jiwa bukan sekadar sebuah lagu yang terkandung dalam album terkini Ibnor Riza sempena penglibatannya selama 23 tahun dalam bidang seni pada tahun ini.

Sebaliknya lagu Kerongsang Jiwa yang penuh puitis ciptaan Sani Sudin itu turut mengungkap interpretasi penyanyinya terhadap muzik, idola dan harapan kepada album yang menggunakan judul yang serupa yang dipasarkan 30 Januari lalu.

Ini kerana Kerongsang Jiwa yang merupakan satu-satunya lagu baru yang dimuatkan dalam album tersebut, bukan sahaja mempunyai jiwa malah memberi makna yang cukup mendalam kepada penyanyinya.

Lebih penting, album tersebut menampilkan sembilan lagu lama pilihan Ibnor. Lagu-lagu itu pernah dipopularkan oleh beberapa penyanyi dan kumpulan kegemarannya seperti Latif Ibrahim, Dhalan Zainuddin, Alice Sound, Carefree, Kembara, Flybaits, Black Dog Bone dan A. Ramlie & The Rhytms Boys.

Dan ibarat sebuah kerongsang, kata Ibnor, lagu-lagu pilihannya itu merupakan lagu lama yang sentiasa dekat dan melekat di jiwa walaupun sebahagiannya jarang diputarkan di radio dan semakin dilupakan.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut selain Kerongsang Jiwa adalah Pilihlah Aku dendangan asal Latif Ibrahim, Tiada Cinta Lagi (Alice Sound), Mengenang Dikau Kembali (Latif Ibrahim), Joget Kaki Lima (Dhalan Zainuddin), Kini Baru kau Sedar (Carefree), Kasih Tak Sudah (A. Ramlie & The Ryhtms Boys), Lagu untuk Seorang Ibu (Kembara), Cahaya Cinta (Flybaits) dan Relaks (Black Dog Bone).

“Lebih istimewa, setiap lagu yang terkandung dalam album ini merupakan pilihan peribadi saya yang dipersetujui oleh penerbitnya, Arab,” jelas Ibnor pada majlis pradengar album tersebut di ibu pejabat SonyBmg Music Entertainment di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu, setiap lagu lama itu diberi nafas baru yang lebih segar tanpa merosakkan keaslian lagu tersebut.

“Menyanyikan lagu lama lebih sukar kerana orang akan membandingkannya dengan yang asal. Justeru, saya percaya adalah perlu kita menghormati karya seseorang dengan tidak mengubah keasliannya,” kata Ibnor.

Ditanya apakah dia tidak mahu menghasilkan album yang sepenuhnya menampilkan karya-karya baru, Ibnor yang turut menerima anugerah platinum atas penjualan memberansangkan album The Best of Ibnor Riza (terjual sebanyak 25,000 unit) pada majlis itu menjelaskan:

“Melihat pada kehendak pasaran masa kini, peminat masih mahukan sebuah album begini (kompilasi lagu lama) tetapi saya juga mempunyai perancangan untuk melahirkan album baru penuh.

“Cuma mencari material yang terbaik bukan satu perkara mudah dan saya sendiri pula lebih senang jika memperoleh lagu-lagu yang dicipta khusus untuk saya.

“Dan lebih penting, saya juga tidak mahu dilabelkan syok sendiri jika album itu tidak memenuhi kehendak ramai kerana kita melahirkan album untuk dinikmati peminat.

“Jadi kita perlu membuat perancangan sebaik-baiknya,” tegas Ibnor yang buat julung kalinya berkolaborasi dengan Arab. untuk penerbitan album Kerongsang Jiwa.

MENARIK TENTANG IBNOR RIZA
*Pernah menyertai pertandingan Bintang RTM pada tahun 1984 tetapi tidak berjaya ke peringkat akhir.

*Telah merakamkan 13 buah album sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

*Merupakan bekas kakitangan kerajaan dan mengambil keputusan berhenti kerja pada 1993.

*Kini menyanyi sepenuh masa dan sering mengadakan persembahan di majlis-

majlis tertutup, konsert Diraja dan persembahan TV terutama di RTM.

*Mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun, Puteri Norizah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.