saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/02/2007

Mayat mangsa ‘terlekat’ pada kerusi helikopter

BINTULU 31 Jan. – Mayat Aewan Faslasaini Salihin, 22, yang dilaporkan hilang dalam kejadian sebuah helikopter terhempas di perairan Bintulu petang semalam, ditemui pada pukul 2.25 petang ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Sulaiman Abd. Razak berkata, mayat Aewan ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat masih terlekat pada kerusinya dalam helikopter jenis Super Puma yang dinaikinya bersama sembilan lagi pekerja Petronas Carigali.

Menurut Sulaiman, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu, pada pukul 5 petang ini menggunakan bot dan telah dituntut oleh ahli keluarga mangsa untuk urusan pengkebumian.

‘‘Waris mangsa telah diberitahu mengenai penemuan itu, malahan adik- beradik Aewan sudahpun berada di Bintulu,’’ kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Aewan adalah satu-satunya mangsa yang korban dalam nahas tersebut manakala sembilan yang lain terselamat.

Sulaiman memberitahu, berikutan penemuan itu, gerakan mencari dan menyelamat ditamatkan dengan semua sembilan penumpang lain termasuk seorang juruterbang berjaya diselamatkan, semalam.

Beliau berkata, helikopter Super Puma milik Malaysian Helicopter Services (MHS) itu dipercayai terhempas kira-kira tiga kilometer dari platform Delta 18 di perairan Bintulu menyebabkan kesemua penumpangnya terapung di laut selama kira-kira dua jam sebelum diselamatkan oleh pasukan pencari dan penyelamat.

Katanya, mereka yang terselamat ialah tujuh pekerja Petronas Carigali iaitu Douglas Akang, Affendi Abd. Rahman, Markson Lezu, Ravi Kumbong, Daniel Juan Jeromel, Sazali Shamsudin dan Harry Sidadum manakala juruterbang Abdullah Ishak dan pembantunya, Pham Quang Thiet merupakan kakitangan MHS.

‘‘Setakat ini hanya dua mangsa iaitu Harry dan Sazali yang masih dirawat di Hospital Bintulu kerana mengalami sedikit kecederaan dengan kulit mereka mengelupas akibat panas matahari dan luka di kepala,’’ katanya.

Beliau berkata, tujuh penumpang lain dibenarkan pulang hari ini selepas dimasukkan ke Hospital Bintulu lewat malam semalam.

Sulaiman berkata, sebelum nahas itu, helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Miri kira-kira pukul 1 petang telah mendarat di dua pelantar luar pantai - Delta 35 dan Bayan Alpha, sebelum ia terhempas tiga kilometer dari pelantar ketiga, Delta 18.

Enam daripada yang terselamat sempat memanjat ke bot kecemasan sementara tiga yang lain terapung di laut sebelum mereka diselamatkan oleh pekerja di pelantar Delta 18.

Mengenai punca kejadian, Sulaiman enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk membuat siasatan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.