saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/02/2007

Syaitan pintas Kuntilanak


FILEM Syaitan menduduki tempat keempat Carta Kaki Wayang walaupun baru seminggu berada di panggung.


Hujung minggu yang bosan? Jangan bingung kerana terdapat banyak filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. Apa yang penting ikut sahaja selera anda.

Menarik minggu ini apabila filem Syaitan terus melompat masuk ke tangga keempat carta walaupun baru seminggu menemui penonton.

Filem arahan Bade itu berjaya memintas filem seram dari Indonesia, Kuntilanak yang jatuh satu anak tangga dari tangga ke lima.

Walaupun Syaitan bukan filem seram dan lebih kepada thriller, pastinya barisan pelakon hebat tanah air antaranya Rosyam Nor, Lis Dawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Norkhiriah dan Kusyairy menjadi antara faktor tarikan penonton ke panggung.

Jalan cerita Syaitan terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., (TUSB) itu tidak sukar untuk difahami namun memerlukan penghayatan para penonton pada setiap adegan yang dipaparkan.

Ini kerana elemen imbasan dan gaya bahasa badan (body language) yang ditunjukkan oleh para pelakon filem ini boleh mencetuskan pelbagai andaian dalam kotak fikiran penonton.

Kejayaan Syaitan menewaskan Kuntilanak ibarat persaingan antara adik beradik kerana kedua-dua filem itu adalah edaran TUSB. Selain Syaitan, filem baru yang berjaya memasuki carta ialah filem Epic Movie dan Hit And Blast.

Sementara itu, menjenguk Carta Kaki Wayang minggu lalu, filem epik Pathfinder jatuh merudum tangga ke lapan setelah menguasai carta beberapa minggu.

Tempat Pathfinder garapan pengarah Marcus Nispel diambilalih oleh filem Death Note 2: The Last Name.

Apa pun buat kaki wayang, teruslah menyerbu ke panggung berdekatan sebagai tanda sokongan anda sebagai peminat filem Malaysia dan antarabangsa. Filem kita, wajah kita.

Semoga terhibur!

Carta Kaki Wayang

1 - Death Note 2: The Last Name

2 - Epic Movie

3 - Syaitan

4 - Blood Diamond

5 - Pokkiri

6 - Kuntilanak

7 - Night At The Museum

8 - Pathfinder

9 - Hit And Blast

10 - Ghost Cinderella

Filem Baru

1 - Babel

2 - Blood And Chocolate

3 - The Holiday

4 - House Of Mahjung

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.