DALAM NEGERI
ARKIB : 04/02/2007
Tubuh pusat latihan beruk petik kelapa
BACHOK 3 Feb. Kerajaan negeri atau Persekutuan digesa menubuhkan satu pusat khusus untuk melatih beruk memetik buah kelapa sebagai usaha menyelamatkan beratus ribu hektar ladang kelapa di Kelantan daripada menjadi terbiar akibat tiada tenaga manusia yang mampu memetik buahnya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat Datuk Dr. Ilias Hussain berkata, pemilik beruk yang sudah berpengalaman mengenainya boleh diambil sebagai jurulatih, dengan memberi mereka elaun khas.
Tanpa usaha ke arah itu, lebih banyak lagi ladang kelapa dikhuatiri tinggal terbiar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Beruk Memetik Buah Kelapa di Kampung Kual, Gunong, dekat sini, hari ini.
Dr. Ilias berkata, beruk biasanya mampu memanjat dan memetik buah kelapa walaupun setinggi 20 meter yang tidak mampu dilakukan oleh tenaga manusia sekarang terutama generasi muda.
Katanya, ini bermakna sekiranya tiada beruk yang terlatih di setiap kampung terutama kampung tradisional, kemungkinan pemilik kebun kelapa dan petani yang tinggal di pesisiran pantai Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, akan hilang sumber pendapatan daripada hasil buah kelapa.
Bernama
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












