saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/2007

Fasha Sandha tak kisah berlakon dengan Erra


Fasha Sandha bersama wakil-wakil Maybelline pada hari pelantikannya sebagai duta gincu Watershine Maybelline baru-baru ini.


“Saya tak kisah berlakon dengan sesiapa sahaja,” luah Fasha Sandha ketika ditanya sekiranya Erra Fazira turut bersamanya berlakon dalam filem Cicak-Man kedua nanti.

“Saya tak ada masalah dengan dia. Saya profesional dalam bekerja jadi kalau dia bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut saya menerima dengan baik,” kata Fasha tenang.

Pastinya khalayak mengetahui pada satu ketika dulu nama Fasha Sandha pernah dikaitkan antara punca perceraian Yusry dengan Erra Fazira. Biarpun pelbagai alasan diberi, namun pastinya nama Fasha Sandha sudah pun tercatat dalam diari hiburan tahun 2006 lalu sebagai salah satu punca permasalahan keruntuhan rumah tangga Erra-Yusry.

Kehadiran Erra dalam filem arahan Yusry itu dikatakan bakal menenggelamkan lakonan Fasha.

Namun bagi Fasha, “Saya rasa setiap watak ada kekuatan tersendiri. Saya tak nampak itu satu masalah yang akan dihadapi. Tak akan wujud siapa tenggelamkan sesiapa.”

Tak mungkin potong rambut

Fasha kini mula sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul 9 September terbitan Metrowealth Sdn. Bhd. Digandingkan dengan Pierre Andre, filem tersebut menguji kemampuannya.

Membawakan watak seorang tomboy bernama Nia amat membuatkan Fasha teruja.

Namun demi menjayakan watak itu Fasha masih lagi memikirkan sama ada mahu memotong rambutnya atau tidak.

“Rambut adalah mahkota seorang wanita dan saya dah membela rambut saya selama dua tahun. Mungkin saya akan potong atau saya akan memakai rambut palsu sahaja.

Tapi semuanya masih dalam perancangan lagi. Tengoklah macam mana,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan dirinya selaku duta baru Maybelline.

Tolak tiga tawaran

Demi untuk memastikan penggambaran 9 September berjalan lancar, Fasha sanggup menolak tiga tawaran lain.

“Memang saya ralat bila terpaksa tolak tawaran yang datang pada masa yang sama. Sedih sangat sebab itu semuanya rezekikan. Tapi saya tak boleh terima semuanya sekali gus. Takut nanti terkejar-kejar dan menjejaskan nama saya juga,” ujarnya.

Kata duta baru Maybelline ini, mungkin dia akan berlakon hanya tiga filem sahaja untuk tahun ini berbanding tahun lepas sebanyak lima filem.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.