saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/02/2007

Hukum juga ‘si bapa’ -- Cadangan KPN bagi membendung perbuatan buang bayi

KUALA LUMPUR 6 Feb. – ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mencadangkan perkara itu menegaskan, untuk itu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi yang diguna pakai sekarang perlu dilihat dan dikaji semula.

“Ketika ini Kanun Keseksaan mempunyai peruntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati membuang bayi.

“Namun, undang-undang ini tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan wanita yang dituduh membuang bayi itu.

“(Undang-undang) Inilah yang perlu dilihat semula agar ia memberi keadilan kepada pihak yang teraniaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita muka depan Utusan Malaysia bertajuk Angkara Siapa? yang turut menyiarkan gambar mayat seorang bayi dalam keadaan terdampar di atas rumput di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan.

Bayi berkenaan yang ditemui dengan kepala dan hidung masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam di satu lokasi lain.

Ketua Polis Negara memberitahu, hubungan sebagai anak dan bapa dapat disahkan menerusi pelbagai kaedah termasuk ujian DNA untuk mengheret si bapa ke muka pengadilan.

Mengenai sikap wanita yang sanggup mengambil tindakan di luar dugaan seperti membunuh dan membuang bayi, Musa berkata, semua pihak sepatutnya memberi sokongan moral dan emosi kepada ibu terbabit sebagai usaha melindungi bayi yang dikandung itu.

“Kita tidak boleh menghina mereka dan membiarkan perkara seumpama ini terus berlaku.

“Sebaliknya, semua pihak perlu menangani masalah ini agar punca perlakuan tidak berperi kemanusiaan yang didorong oleh perasaan buntu si ibu dapat ditangani,” katanya.

Tegas Musa, setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan mereka khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan masalah sosial.

“Gejala buang bayi ini adalah isu nasional yang perlu ditangani oleh semua pihak dan perkara paling pokok ialah didikan ibu bapa terhadap anak-anak,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, siasatan polis menunjukkan kebanyakan kes membuang bayi membabitkan wanita muda dan remaja yang mengalami trauma akibat ditinggalkan pasangan sebaik disahkan mengandung.

Wanita terbabit berasa tertekan kerana terpaksa melahirkan anak tanpa bantuan dan pada masa sama berdepan dengan tindakan undang-undang sedangkan pasangan mereka bebas begitu saja.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.