saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/02/2007

Siti Elizad harap tuah Cinta Yang Satu


Siti Elizad.


Biarpun telah berlakon lapan buah filem namun namanya masih belum menjadi sebutan peminat-peminat seni tempatan.

“Mungkin belum rezeki saya untuk dikenali. Saya sedar saya tak secantik artis seangkatan saya,” luah Siti Elizad apabila ditanya tentang popularitinya.

Di mana silapnya, mungkin sikapnya sendiri yang sukar didekati atau memang dia menyukai keadaan demikian.

“Tak tahulah. Mungkin saya bukan jenis yang suka cetuskan kontroversi atau mungkin kerana saya tidak seksi. Saya sendiri tidak suka untuk ‘mendedahkan’ cerita saya pada media. Tapi saya senang begini.

“Saya mempertaruhkan bakat saya. Bukan keseksian atau apa. Saya sedar saya tak ada apa-apa,” katanya pada sidang akhbar filem Cinta Yang Satu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hanya kata-kata ‘azimat’ Rosyam Nor menjadi penguat semangatnya meneruskan perjuangan dalam dunia filem.

“Saya pegang kata-kata abang Rosyam. Dia kata jangan kita naik macam pisang goreng panas. Memang cepat popular tapi hanya sementara. Biar orang kenal kita perlahan-lahan tapi boleh bertahan lama,” kata gadis manis ini.

Adegan yang mendebarkan

Dalam filem itu, dia tidak sukar memegang watak Jamilah, seorang gadis pemalu yang akhirnya bertukar penampilan kepada seorang gadis tomboy kerana mahu menarik perhatian Wira (Zul Huzaimi). Begitu kata Elizad tentang wataknya dalam filem Cinta Yang Satu.

“Sebenarnya luaran saya memang nampak kasar. Jadi saya rasa bukan satu masalah untuk menjayakan watak itu,” kata Elizad.”

Bagaimanapun kata gadis yang gemar bermain futsal ini, adegan asmara yang memerlukannya memeluk dan ala-ala bercium dengan Zul Huzaimi agak susah direalisasikannya.

“Babak itu memang susah. Bayangkan saya bukan jenis begitu. Tambah pula waktu adegan itu dibuat, ada mikrofon dalam baju saya. Jadi semua krew-krew boleh mendengar denyutan jantung saya ketika itu. Punyalah saya malu dan berdebar ketika itu,” katanya.

Sebuah cerita realiti

Cinta Yang Satu terbitan Wan’s Production Sdn. Bhd., merupakan sebuah cerita cinta yang memaparkan realiti kehidupan seharian.

Filem genre komedi romantik ini telah pun menjalani rakaman sekitar tahun lepas dan bakal menemui penonton sekitar Jun depan.

Filem arahan Zulkefli M.Osman (Zul) ini membariskan para pelakon seperti Zul Huzaimi, Siti Elizad, Ezani, Nabila dan ramai lagi.

Kata Zul, plot dan jalan cerita filem itu telah membuatnya optimis menerima tanggungjawab sebagai pengarah selepas hampir empat tahun tidak mengarah filem.

“Cerita cinta ini dekat dengan audiens. Khalayak dapat merasainya melalui dialog dan ceritanya. Ia mengenai kehidupan seharian kita. Paling penting cerita ini merupakan satu cerita yang membuatkan anda semua tertanya-tanya apa yang bakal berlaku seterusnya,” kata pengarah berumur 40 tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.