saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/02/2007

Krisis air di Selangor? -- Sejuta penduduk bakal terjejas 2 sungai dicemari ammonia


TERCEMAR...Sungai Langat ini yang membekalkan air minuman melalui loji penapis air di Batu 11, Jalan Cheras, Kajang, semalam dicemari bahan ammonia yang dipercayai dilepaskan oleh pihak tidak bertanggungjawab. (Gambar kecil) Seorang penduduk, Abd. Rahman Arbai menunjukkan botol berisi air (kiri) yang dicemari bahan kimia berbau busuk itu.


KUALA LUMPUR 12 Feb. – Hampir sejuta penduduk di Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air ekoran dua batang sungai utama di negeri itu kini tercemar teruk berikutan aktiviti perindustrian dan pencemaran ammonia.

Sungai Langat di Hulu Langat dan Sungai Selisik di Hulu Selangor yang merupakan sumber utama bekalan air bagi penduduk daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang kini perlu diselamatkan untuk mengelakkan krisis tersebut berlaku.

Pencemaran di sungai-sungai berkenaan telah menyebabkan tiga loji rawatan air di Loji Sungai Selisik, Hulu Selangor, Loji Batu 11 Cheras dan Loji Bukit Tampoi, Sepang terpaksa ditutup sejak seminggu lalu berikutan kadar ammonia yang terlalu tinggi dalam air sungai berkenaan.

Pencemaran ammonia itu dikatakan berlaku kerana air kumbahan dibiarkan mengalir ke sungai-sungai itu.

Berikutan masalah itu, Utusan Malaysia difahamkan bekalan air di Hulu Selangor dan Hulu Langat kini bergantung kepada kolam air dan tangki statik di kawasan-kawasan perumahan sementara menunggu usaha dilakukan untuk meneutralkan pencemaran ammonia di sungai-sungai berkenaan.

“Pencemaran seumpama ini pernah berlaku di sungai-sungai itu beberapa tahun lalu, tetapi kerana tiada pengawasan daripada pihak berkuasa ia berlaku sekali lagi,” dakwa seorang pemimpin tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Bekalan air untuk penduduk di daerah Sepang kini dikatakan dialihkan ke loji rawatan air Sungai Semenyih berikutan penutupan Loji Bukit Tampoi.

Loji Sungai Semenyih mampu membekalkan 545 juta liter air sehari dengan anggaran kapasiti penduduk seramai 500,000 orang.

Loji Batu 11 Cheras pernah ditutup tahun lalu akibat masalah yang sama iaitu kadar ammonia yang terlalu tinggi selain pencemaran diesel di Sungai Hulu Langat.

Jumlah pengeluaran air bagi Loji Batu 11 ialah 386 juta liter sehari untuk kegunaan penduduk seramai 350,000 orang.

Data kapasiti bagi Loji Sungai Selisik dan Loji Bukit Tampoi gagal diperoleh.

Penutupan loji rawatan air itu tambah meruncing kerana Jabatan Meteorologi menjangkakan Malaysia bakal menghadapi kemarau terburuk antara Mac dan Ogos tahun ini kesan daripada fenomena El-Nino.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang Sungai Langat di Batu 11 Cheras dekat sini mendapati air sungai tersebut terlalu kotor dan keruh sehingga warnanya menyamai air teh susu.

Air Sungai Langat tercemar berikutan aktiviti perindustrian di sepanjang sungai tersebut termasuk dari kuari, pusat pemprosesan simen dan kilang papan.

Sampah sarap juga kelihatan berlonggok di tepi sungai itu sehingga menyempitkan aliran air sedangkan air sungai itulah yang digunakan sebagai sumber air penduduk Selangor.

Pokok-pokok di sepanjang sungai tersebut turut dicemari debu-debu simen dari kilang pemprosesan simen dan aktiviti kuari di kawasan berdekatan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.