saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/02/2007

Tiada pengecualian buat Shebby

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memberi sebarang pengecualian kepada bekas pemain kebangsaan, Serbegth Singh atau Shebby untuk memperoleh Lesen Kejurulatihan A daripada badan induk itu.

Walaupun Shebby begitu dikenali kerana mencipta nama sebagai pengulas sukan dengan sebuah rangkaian televisyen kabel berpangkalan di Singapura, namun itu tidak bermakna bekas pemain Kuala Lumpur terbabit boleh memperoleh sijil itu tanpa perlu melalui kursus dan peperiksaan yang ditetapkan oleh FAM untuk memperoleh lesen tersebut.

FAM telah menetapkan jurulatih tempatan dan luar negara diwajibkan memiliki Lesen Kejurulatihan A sebelum mendapat kebenaran untuk melatih skuad bola sepak negeri atau kelab dalam Liga Perdana dan Liga Super.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, jika Shebby ingin menjadi jurulatih kelab Telekom Melaka, dia perlu memiliki Lesen Kejurulatihan A seperti yang ditetapkan dalam peraturan badan induk itu.

Amalan

‘‘Amalan ini telah FAM lakukan sejak dahulu lagi begitu juga mana-mana jurulatih luar negara yang ingin menjadi jurulatih dengan mana-mana pasukan dalam Liga Perdana atau Liga Super, FAM akan pastikan mereka mempunyai Lesen A.

‘‘FAM akan merujuk kepada badan bola sepak jurulatih berkenaan untuk mendapat kepastian mereka mempunyai lesen A yang diiktiraf oleh FIFA tanpa perkara tersebut FAM tidak akan membenarkan mereka menjadi jurulatih,’’ ujar beliau ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, Shebby tidak mendapat sebarang pengecualian walaupun dia terkenal dengan kritikan dalam bola sepak tempatan selain pernah membentuk pasukan realiti televisyen, MyTeam.

‘‘Jika Shebby berminat untuk mendapat Lesen Kejurulatihan A, dia boleh membuat permohonan kepada FAM dan kita akan mengadakan kursus, ujian dan peperiksaan untuk membolehkan dia mendapat lesen tersebut,’’ ujarnya.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, tiada larangan kepada Shebby berada di bangku simpanan dan membuat arahan kepada pemain.

Ujarnya, nama Shebby telah didaftarkan oleh Telekom Melaka adalah antara pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan.

Sementara itu, meja Sukan Utusan dihujani beberapa panggilan yang menyatakan kurang senang dengan kelantangan Shebby mengkritik corak latihan bekas jurulatih Telekom Melaka, Irfan Bakti Abu Salim yang kononnya banyak kelemahan daripada aspek fizikal, mental dan corak permainan.

‘‘Jika Irfan tak bagus bagaimana Telekom Melaka boleh menduduki tangga kedua Liga Super selain layak ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu,’’ ujar pemanggil itu.

Salah seorang peminat bola sepak tempatan yang enggan namanya disiarkan melahirkan rasa hairan dengan kelantangan Shebby mengkritik jurulatih tempatan.

‘‘Saya inginkan sangat melihat Shebby menjadi jurulatih Telekom Melaka dan menonjolkan pasukan ini antara yang terbaik serta terhebat.

‘‘Dari dulu saya perhatikan Shebby asyik mengkritik dan membidas, dan sudah tiba masanya beliau membuktikan keupayaannya membimbing sebuah pasukan merintis kejayaan yang boleh dibanggakan,’’ ujar pemanggil tersebut.

Menurut pemanggil itu lagi, dia percaya ramai pemerhati bola sepak ingin melihat keupayaan sebenar Shebby di tepi padang dan bukannya di dalam studio ketika mengulas perlawanan.

Seorang lagi pemanggil mengharapkan Shebby membuktikan dirinya sebagai jurulatih yang diiktiraf.

‘‘Saya berharap sangat Shebby akan menerima cabaran tugas sebagai jurulatih Telekom kerana inilah peluang terbaik untuk dia membuktikan kata-katanya,’’ ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.