saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/02/2007

Perkenal semula cawat besi elak rogol

HULU TERENGGANU 15 Feb. – Pemakaian cawat besi perlu dihidupkan kembali kerana wanita zaman kini banyak terdedah kepada jenayah rogol yang semakin berleluasa, kata tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Beliau membuat saranan itu memandangkan berlaku peningkatan kes rogol dan mangsanya pula bukan setakat wanita muda, tetapi juga kanak-kanak dan warga tua.

“Mungkin ia (pakai cawat besi) janggal dan kurang seronok didengar, namun inilah saranan terbaik kepada wanita bagi mengelak diri mereka dari dirogol,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada majlis Forum Maal Hijrah peringkat negeri di Markas Pengajian Islam (Marpa) di Kampung Pelandan di sini malam tadi.

Forum itu turut melibatkan penceramah terkenal, Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail dan dipengerusikan oleh Kamaruddin Omar serta dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Rosol Wahid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd. Zawawi Ismail dan ADUN Telemong, Rozi Mamat.

Terdedah

Abu Hassan berkata, kaum Hawa tanpa mengira usia kini terdedah kepada jenayah seksual itu berikutan semakin ramai lelaki khususnya remaja negara ini semakin gagal mengawal nafsu mereka.

Dalam beberapa kes yang dilaporkan, katanya, terdapat perlakuan seks di luar tabie seperti remaja lelaki sanggup merogol haiwan dan warga tua manakala datuk dan ayah pula bertindak seperti haruan makan anak.

Justeru katanya, saranan tersebut bukan bermaksud menghina kaum wanita, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada kaum Adam bahawa semakin sukar mencari lelaki sebagai seorang pelindung berkualiti pada masa kini.

“Saya juga tidak kata semua lelaki sama ada yang dewasa atau remaja tidak bagus. Yang baik tu, baiklah, cuma yang suka buat perangai ni nak kita tangani. Jangan harap kepada kerajaan saja.

“Jika perkara ini dibiarkan dan kita bersikap acuh tak acuh, macam mana kita mahu melahirkan umat lelaki berkualiti yang dapat menjadi pemimpin negara pelbagai kaum ini,” katanya.

Abu Hassan berkata, pemakaian cawat besi di kalangan wanita menjadi amalan popular pada zaman dahulu iaitu sekitar tahun 1920-an hingga 1950-an, malah sekitar awal 1960-an pun masih ada yang memakainya.

“Ketika itu pemakaian cawat besi dipakai wanita yang sudah berkahwin dan ia bagi mengelak mereka dari menjadi mangsa jenayah seksual terutama ketika ketiadaan suami di rumah kerana merantau mencari rezeki,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.