saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/02/2007

Masa bubar Parlimen -- Pakar anggap ekonomi negara sangat stabil, memberangsangkan

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Seorang pakar ekonomi tempatan yakin sekarang adalah masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini sangat stabil, setelah semua asas ekonomi domestik menunjukkan petanda-petanda pemulihan positif.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang sedang berkembang pesat sekarang untuk mengadakan pilihan raya umum.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menguruskan ekonomi negara yang dijangka melambung pada tahun depan.

‘‘Saya bukan seorang pakar politik untuk mengulas mengenai hal itu (politik), tetapi sebagai pakar ekonomi saya berpendapat kerajaan perlu mengelakkan tumpuannya terganggu dengan hal-hal lain (politik).

‘‘Jika pilihan raya umum dapat diadakan segera dalam suasana sekarang, maka kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya menjana ekonomi negara yang dijangka mengalami kemajuan pesat pada tahun depan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah pada 23 Mac 2004 yang membawa kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).

Ia juga merupakan pilihan raya umum pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003.

Menurut Mohamed Ariff, kedudukan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang teguh berikutan iklim pelaburan memberangsangkan sehingga meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara ini.

Katanya, pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap 5.9 peratus pada 2006 dan pasaran saham mencatat pertumbuhan yang meyakinkan dengan kemasukan dana asing dan institusi dalam jumlah besar.

Indeks Komposit Bursa Malaysia yang melepasi 1,200 mata pada masa ini pula, jelasnya, merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun, selepas krisis mata wang dan pasaran ekuiti melanda negara dan rantau ini pada 1997.

Selain itu, negara turut memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik tertinggi dalam sejarah bagi 2006 dengan masing-masing mencatat sebanyak RM20.2 bilion dan RM25.8 bilion, katanya.

Menurut Mohamed, jumlah FDI itu merupakan peningkatan sebanyak RM2.3 bilion daripada RM17.9 bilion pada 2005, manakala pelaburan domestik itu merupakan pertambahan sebanyak RM12.7 bilion pada 2005.

Negara turut mencatat rekod dari segi lebihan dagangan apabila memperoleh lebih RM1 trilion pada 2006, tambah beliau.

Mohamed berkata, bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dijangka berkembang secara sederhana, berikutan keadaan ekonomi di Amerika Syarikat dan China, tetapi dengan trend ekonomi yang meningkat sekarang, ekonomi Malaysia dijangka melambung tinggi pada tahun depan.

Katanya, dasar-dasar ekonomi yang cekap, terbuka dan langkah memperbaiki sistem penyampaian korporat yang dilaksanakan oleh kerajaan telah merancakkan kemasukan pelaburan asing.

‘‘Kerajaan telah berhati-hati merangka dan membina dasar-dasar ekonomi yang berkesan bagi menarik pelaburan asing,’’ katanya.

Sambil menafikan perkembangan positif asas-asas ekonomi itu sebagai suatu ‘propaganda’, beliau berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini adalah suatu realiti.

‘‘Rakyat akan menikmati manfaatnya daripada pertumbuhan ekonomi itu tidak lama lagi, setelah kesan-kesan rantaian ekonomi mula menyerap dalam pasaran,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.