saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 17/02/2007

Rakyat kini lebih selesa – Abdullah


SEMANGAT TAHUN BARU CINA... Abdullah Ahmad Badawi menerima hamper buah limau daripada dua kakitangan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sambil diperhatikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (dua dari kanan) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada Perhimpunan Bulanan KKDN di Putrajaya, semalam. – Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED.


PUTRAJAYA 16 Feb. – Rakyat Malaysia kini memiliki tahap keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang tinggi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati, indeks keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang dicapai oleh rakyat negara ini ialah 8.2 daripada skala tertinggi 10.

Lebih menarik lagi, menurut beliau, kajian yang sama juga menunjukkan indeks budi bahasa rakyat adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10.

‘‘Indeks lebih daripada tujuh adalah satu pencapaian yang baik. Kita mestilah meningkatkan usaha untuk meningkatkan tahap itu dari semasa ke semasa.

‘‘Sekarang saya nampak daripada laporan yang saya baca dan terima, sudah ada perubahan yang menunjukkan mereka (rakyat) berasa lebih yakin.

‘‘Rakyat kini berasa lega berbanding dengan kebimbangan sebelum ini,’’ kata beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian berkenaan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut pihak yang menjalankan kajian itu.

Sehubungan itu, Abdullah meminta kakitangan awam supaya bekerja dengan niat yang suci iaitu untuk memberi khidmat bagi membahagiakan rakyat, bukan untuk memperkayakan diri sendiri.

‘‘Yang penting ialah untuk memberikan kebahagiaan kepada rakyat kerana kepada merekalah kita berkhidmat,” ujarnya.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri menekankan agar segala masalah yang dibangkitkan oleh rakyat dapat diselesaikan segera dan menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dipandang serius.

‘‘Ini kerana dalam setiap cabaran itu ada peluang, jadi kalau mahu mendapat peluang mesti hadapi cabaran.

‘‘Segala cabaran mesti dihadapi dengan penuh keyakinan, kita mampu melakukan kerana kita mempunyai kemahiran dan pengetahuan,'' katanya.

Abdullah menambah, kedudukan ekonomi negara sememangnya bertambah baik dengan pelaburan luar dan dalam negeri kini melebihi RM40 bilion.

Menurut beliau, pasaran modal juga aktif dengan prestasi tinggi, begitu juga jumlah dagangan yang tinggi dan indeks yang tinggi.

‘‘Dengan kedudukan mata wang negara yang semakin kukuh dari semasa ke semasa telah memberikan satu harapan baru kepada rakyat.

‘‘Mudah-mudahan dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk terus bekerja,” katanya.

Abdullah berkata, berikutan kedudukan ekonomi yang baik, agensi-agensi di bawah KKDN terutama polis perlu meningkatkan keupayaan perkhidmatan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat.

Katanya, ini kerana apabila rakyat sudah menikmati kemajuan ekonomi, mereka mahu keamanan dan keselamatan dapat terus dikekalkan.

Tahun lalu, Malaysia menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM46 bilion menerusi 1,077 projek yang diluluskan dalam sektor pembuatan berbanding RM31 bilion pada 2005.

Malaysia juga mencatatkan jumlah dagangan RM1.06 trilion pada tahun lepas dengan eksport bernilai RM588.95 bilion dan import RM480.49 bilion.

Jumlah dagangan itu meningkat 10.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Indeks Komposit Bursa Malaysia pula ditutup pada 1,258.63 mata semalam.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.