saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/02/2007

Bukan rekaan – PM -- *Pelaburan lebih RM40b *Bursa Malaysia stabil *Nilai ringgit kukuh

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, pertumbuhan dan kedudukan ekonomi Malaysia yang semakin baik ketika ini bukan sesuatu yang palsu atau direka-reka.

Perdana Menteri berkata, pelaburan asing dan domestik yang mencecah lebih RM40 bilion, kenaikan Bursa Malaysia yang stabil serta pengukuhan nilai ringgit jelas menunjukkan ekonomi negara ini berada pada landasan yang tepat.

Malah tambah beliau, fakta-fakta yang dikemukakan oleh kerajaan selama ini adalah tepat dan bukannya angka-angka yang cuba dilakukan untuk mengaburi mata rakyat.

‘‘Kenaikan (ekonomi) ini cukup stabil, bukan mendadak. Adakah kita main-main dengan perkara itu, sudah tentu tidak,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang spekulasi bahawa kenaikan pasaran saham dan prestasi ekonomi yang semakin baik adalah rekaan yang sengaja diwujudkan oleh kerajaan bagi menghadapi pilihan raya.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan memberitahu, apabila rakyat melihat kedudukan pasaran saham bertambah baik, sudah tentu mereka akan menyokong kerajaan.

Begitu juga dengan masalah kenaikan harga minyak dunia yang masih dapat ditangani oleh kerajaan secara berhemat tanpa menimbulkan lagi beban rakyat, ujar beliau.

Katanya, tindakan kerajaan terhadap beberapa penggabungan syarikat-syarikat besar negara ini turut menunjukkan perkembangan yang baik serta minat pelabur asing terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) turut merancakkan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini adalah cukup baik sehingga diyakini oleh pelabur.

‘‘Biasanya ekonomi negara ini banyak digerakkan oleh pelabur asing,’’ kata Abdullah.

Dalam hal ini Perdana Menteri berkata:‘‘Apa lagi yang rakyat hendak.’’

Berhubung dengan kenaikan Bursa Malaysia sehingga mencecah lebih 1,200 mata, beliau berkata, ini disebabkan harga saham masih lagi rendah dan menarik pelabur asing serta domestik.

Ditanya mengenai kerisauan beliau terhadap Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Abdullah menegaskan beliau tidak risau tentang RMK-9, cuma bimbang jika pelaksanaan pelan induk lima tahun itu menemui kegagalan.

‘‘Apa yang merisaukan saya ialah apabila kita tidak dapat menjalankan segala program dalam RMK-9 dengan baik.

‘‘Kita merancang kerana kita mahu laksanakan program yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,’’ jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mahu memastikan pelaksanaan terhadap projek-projek RMK-9 berada dalam keadaan baik dan teratur.

Tambah beliau, kerajaan yakin pelaksanaan RMK-9 dengan baik akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan.

Berhubung peruntukan bantuan mangsa banjir di Johor, Abdullah berkata, kerajaan akan membuat satu peruntukan baru untuk membantu mangsa banjir serta membaik pulih kawasan yang rosak berikutan bencana tersebut.

‘‘Kita tidak ambil mana-mana peruntukan, sebaliknya kita mewujudkan satu peruntukan baru untuk kita agih-agihkan kepada usaha-usaha ke arah memulihkan kawasan yang dilanda banjir,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.