saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 24/02/2007

Nusajaya bertaraf dunia -- PM lancar projek utama dalam Wilayah Pembangunan Iskandar


DUNIA DALAM SATU BANDAR...Abdullah Ahmad Badawi mendengar taklimat disampaikan oleh Ahmad Pardas Senin (tiga dari kiri) sambil diperhatikan oleh Abu Hassan Kendut (kanan) selepas merasmikan projek hartanah bersepadu terbesar di rantau ini, Nusajaya di Johor Bahru semalam. – Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR.


JOHOR BAHRU 23 Feb.– Projek Pembangunan Nusajaya, sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara yang akan melonjakkan negara ini ke satu tahap lebih tinggi, dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Pembangunan Nusajaya merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, November lalu.

Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan tujuh komponen iaitu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu.

Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia.

Kedudukannya yang hampir dengan lima pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura, Pelabuhan Jurong (Singapura) dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Nusajaya kelebihan sebagai bandar raya serantau.

Dalam ucapan perasmiannya di Nusajaya, Perdana Menteri berkata, pembangunan Nusajaya harus dijalankan mengikut standard yang berbeza daripada biasa kerana kawasan berkenaan akan bertanding dengan destinasi-destinasi utama dunia untuk menarik pelaburan, pelancongan dan pekerja mahir.

‘‘Standard ini harus diguna pakai untuk semua aspek pembangunan di wilayah ini dari segi infrastruktur, undang-undang, perkhidmatan awam dan sebagainya.

‘‘Saya percaya Malaysia mampu menjadi bertaraf dunia dan WPI serta Nusajaya yang akan membuktikannya,” katanya.

Menurut Abdullah, dari segi insentif, satu kertas cadangan akan disediakan bulan hadapan bagi menawarkan pakej-pakej insentif yang amat kompetitif kepada para pelabur.

‘‘Pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menambah baik dan meningkatkan infrastruktur dalam wilayah ini. Ia termasuk rancangan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan usaha pembaikan ekoran kejadian banjir.

‘‘Usaha pembaikan ini bertujuan memulihkan kehidupan warga Johor selain memastikan musibah seperti ini dapat ditangani dengan lebih baik di masa hadapan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Nusajaya juga akan menjadi pusat pentadbiran kerajaan baru bagi negeri Johor dan agensi-agensi persekutuan peringkat negeri juga akan berpusat di kawasan tersebut.

‘‘Ini akan menjadikan Nusajaya tumpuan atau hab bagi sebarang urusan pentadbiran yang berkaitan dengan kerajaan.

‘‘Secara simbolik, pemusatan urusan pentadbiran di satu lokasi adalah amat bermakna kerana ia mengurangkan jarak di antara agensi dan jabatan,” katanya.

Menurut Abdullah, kawasan pembangunan itu juga melambangkan hubungan yang lebih dekat dan kerjasama yang lebih padu di antara pelbagai fungsi kerajaan di wilayah ini dan di seluruh negeri Johor.

Katanya, Nusajaya harus menjadi lebih daripada projek infrastruktur iaitu simbol pentadbiran dan perkhidmatan cekap dan responsif setaraf dengan perkhidmatan awam di kawasan lain yang berstatus maju.

‘‘Semangat untuk memiliki daya saing dan daya tahan berbanding destinasi global yang lain harus juga dipraktikkan di semua peringkat pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam,” katanya.

Majlis pelancaran Nusajaya itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Kumpulan UEM, Abu Hassan Kendut dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM, Datuk Ahmad Pardas Senin.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.