saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/02/2007

Hujan batu landa Sungai Buloh dan Damansara

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Penduduk di sekitar Sungai Buloh dan Damansara dekat sini hari ini gempar apabila hujan batu sebesar syiling 20 sen melanda kawasan mereka selama 15 minit.

Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan di sepanjang jalan menghala ke Sungai Buloh berikutan tindakan pemandu memperlahankan kenderaan kerana bimbang cermin mereka pecah terkena hujan batu tersebut.

Pasangan suami isteri Mohd Hariri Dahalan, 49, dan Azizah Mat Ali, 46, yang menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu, menganggap ia satu pengalaman menarik.

Katanya, hujan dalam bentuk ketulan ais kecil itu berlaku selama lima hingga 15 minit kira-kira pukul 4 petang dan meredakan sedikit cuaca panas yang melanda ibu kota kebelakangan ini.

Hariri berkata, hujan batu itu mengeluarkan bunyi yang luar biasa sehingga menarik beberapa jiran keluar menyaksikannya.

‘‘Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah terdengar satu bunyi yang kuat seperti batu di baling ke kereta saya.

‘‘Tapi, rupa-rupanya ia hujan batu sebesar syiling 20 sen,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya.

Dalam pada itu, seorang pemandu Bintu Rasyada Abdul Rahman memberitahu dia dan suaminya yang ketika itu menghala ke Ipoh dikejutkan dengan bunyi yang kuat menimpa kereta mereka.

‘‘Hujan batu yang berlaku kira-kira pukul 4.10 petang itu menyebabkan kesesakan selama 15 minit di sepanjang jalan menghala ke Sungai Buloh.

‘‘Saya dan dan suami bagaimanapun bersyukur kerana cermin kereta kami tidak pecah,’’ katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi ketika dihubungi berkata,hujan batu itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan.

Katanya, fenomena itu berlaku akibat ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.

‘‘Ini bukan fenomena baru dan bukan berpunca daripada perubahan mendadak cuaca persekitaran.

‘‘Orang ramai tidak perlu cemas kerana hujan air batu adalah suatu kebiasaan, cuma jarang berlaku di negara ini,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.