saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/02/2007

Bank Rakyat untung RM626j tertinggi sejak ditubuhkan

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Bank pemberi pinjaman peribadi terbesar negara, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatat keuntungan RM626.6 juta, laba tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu itu merupakan kenaikan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu.

Serentak dengan itu, bank tersebut turut mengumumkan dividen 15 peratus membabitkan peruntukan RM298.5 juta mula diagihkan kepada lebih 750,000 ahli mulai hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata, Bank Rakyat memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM2.04 bilion, naik 23.2 peratus daripada RM1.66 bilion pada tahun 2005.

Beliau berkata, pendapatan pembiayaan juga bertambah 25.2 peratus kepada RM1.79 bilion hasil daripada pertumbuhan pembiayaan dan juga pengurusan aset serta liabiliti yang berkesan.

Katanya, pertumbuhan pembiayaan kredit pengguna telah meningkat 34.5 peratus kepada RM14.09 bilion.

Produk skim pajak gadai Islam Ar-Rahnu dan Az-Zahab mencatat peningkatan baki tertinggi sebanyak 134.2 peratus kepada RM687.6 juta berbanding RM293.6 juta pada tahun 2005.

Katanya, jumlah aset bank itu meningkat kepada RM27.49 bilion naik sebanyak 14.6 peratus berbanding RM23.98 bilion pada 2005.

Purata pulangan atas aset pula katanya, adalah pada kadar 2.4 peratus dan nisbah mudah tunai bank pula pada tahap 29.4 peratus.

‘‘Bagi tahun kewangan 2006, nisbah pembiayaan tidak berbayar kasar dan bersih, masing-masing 6.6 peratus dan 2.8 peratus berbanding 6.8 peratus dan 3.0 peratus bagi tahun sebelumnya.

‘‘Liputan atas pembiayaan bagi pembiayaan tidak berbayar terus bertambah baik kepada 101.5 peratus berbanding 95.1 peratus pada tahun sebelumnya,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat yakin Bank Rakyat dapat mengekalkan prestasi yang sama melalui pertumbuhan keuntungan sebelum dan selepas cukai, masing-masing sebanyak 14 dan 15 peratus pada tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.