saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/03/2007

Album ke-6 New Boyz satu transformasi


NEW Boyz menampilkan satu transformasi pada album baru mereka yang bakal dipasarkan April ini.


MENDENGAR beberapa lagu New Boyz daripada album terkini kumpulan itu yang baru selesai proses rakaman suaranya, terdapat beberapa perubahan yang memberansangkan.

Antaranya, perubahan vokal yang menunjukkan kematangan penyanyi utamanya, Tomok yang sudah tidak lagi menggunakan suara ‘sengau’nya apabila mencapai nada tinggi.

Dan pemilihan lagu-lagu juga ternyata lebih moderate dengan cuba mengurangkan penampilan lagu-lagu ‘tangkap leleh’ yang selama ini menjadi trade mark mereka.

Malah lagu popular mereka, Sejarah Mungkin Berulang yang dipetik daripada album sulung kumpulan itu yang bakal dimuatkan dalam album ke-enam New Boyz turut dibuat rakaman semula dengan susunan muzik baru yang lebih segar mengikut cita rasa masa kini.

“Album ini merupakan suatu transformasi New Boyz ke arah yang lebih matang selaras dengan peningkatan usia kami,” jelas Tomok ketika menanti proses memasukkan suara lagu Sejarah Mungkin Berulang di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditemani rakan-rakan; Zack dan Ristoe (Rizz tidak hadir kerana mempunyai komitmen lain), proses rakaman lagu itu juga menjadi lagu terakhir bagi album tersebut.

Lebih menarik, buat julung kalinya, kumpulan tersebut diberi kepercayaan menerbitkan album mereka dan bekerjasama dengan Pengurus Artiste & Reportaire syarikat rakaman SRC, Zulkefli Majid (Zul) dan Alfa Booty Kesuma.

“Ini sesuatu yang membanggakan namun tidak dinafikan ia satu tanggungjawab yang berat. Sebagai orang baru, banyak yang kami perlu pelajari,” kata Tomok yang turut menyumbangkan lima buah lagu ciptaannya untuk album tersebut, antaranya Cinta dan Lara Ini.

Selain lagu ciptaan Tomok, 12 lagu yang terkandung dalam album itu dicipta oleh Alfa (dua buah) dan Zack, Zimi (Sofaz), Taja dan Edry (KRU) yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu.

Malah Edry yang mencipta lagu Kamu Bilang untuk New Boyz sebenarnya memberikan kolaborasi ulung kepada sebuah kumpulan kerana dia selama ini hanya menyerahkan lagu ciptaan kepada penyanyi solo.

“Walaupun kami mengenengahkan konsep pop rock untuk album kali ini namun kami tidak meminggirkan lagu-lagu komersial yang menjadi trade mark dan diminati penggemar kumpulan ini,” jelas Tomok sambil memberitahu peminat yang ingin mengetahui perkembangan mereka boleh melayari laman web www.myspa ce.com/newboyzsrc atau e-mel: newbo [email protected]/.

Kali terakhir New Boyz muncul dengan album baru ialah pada 2004 dengan album Bermulanya Satu Evolusi.

Sementara itu Zul yang bertindak bukan sahaja sebagai penerbit tetapi juga penjaga vokal Tomok mengakui, terdapat perubahan pada konsep album New Boyz kali ini.

Transisi itu, kata Zul, akan memperlihatkan perubahan baru pada keseluruhan album yang dijangka dipasarkan April ini.

“Paling menonjol ialah cara nyanyian Tomok yang semakin konsisten. Dulu dia cepat penat dan bila menyanyikan lagu bernada tinggi, dia akan mengeluarkan suara sengau.

“Tetapi kali ini dia nampaknya lebih bersedia dan mampu mempelbagaikan nada suaranya,” kata Zul.

Kekal menampilkan lagu-lagu cinta dengan melodi yang berbeza daripada album sebelumnya, kata Zul, perubahan itu selaras dengan perkembangan dunia muzik dan kehendak semasa.

“Seperti lagu Sejarah Mungkin Berulang, kalau dulu lagu ini meleret-leret, kali ini tanpa menjejaskan keaslian melodinya, kami susun semula muziknya kepada sesuatu yang lebih dramatis dengan penonjolan stail orkestra,” jelas Zul.

Mengenai kepercayaan yang diberikan kepada kumpulan itu untuk menerbitkan sendiri album mereka, kata Zul:

“Pendekatan ini bukan sahaja untuk memberi mereka peluang menonjolkan bakat, lebih penting, mereka tahu apa kehendak golongan muda masa kini. Mereka yang tahu bunyi atau rentak yang mereka ingini kerana mereka sendiri berada dalam kelompok itu.”

- RAKAMAN ALBUM: NEW BOYZ

LAGU: SEJARAH MUNGKIN BERULANG

CIPTAAN: ZULKEFLI MAJID

SUSUNAN SEMULA: ZULKEFLI MAJID

PENERBIT: NEWBOYZ, ZULKEFLI MAJID & ALFA BOOTY KESUMA

LOKASI: PRO RECORDING STUDIO, CHERAS, KUALA LUMPUR

ALBUM DI PASARAN: APRIL 2007

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.