saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/03/2007

Aksi di katil bukan kontroversi - Fasha Sandra


Fasha Sandra.


BUKAN mudah laluan yang di daki gadis jelita ini bagi mencapai populariti yang dikecapinya hari ini. Bermula sebagai model sambilan, siapa sangka Nur Fasha Sandha Hassan kini merupakan antara pelakon yang cukup popular.

Kejayaan demi kejayaan diraih olehnya malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia antara primadona Melayu masa kini.

Baru bersyukur dengan apa yang dicapainya, umpama ombak yang memecah pantai, tiba-tiba namanya dikaitkan dengan kontroversi yang tiada hujung pangkalnya.

Dituduh sanggup menggadaikan maruah semata-mata mahu menembusi pasaran seberang dengan menerima tawaran berlakon filem Badai Pasti Berlalu (BPB), sebuah filem terbitan Astral Pictures (Indonesia) dengan kerjasama produksi Malaysia, Wayang Tinggi Corporation Sdn. Bhd.

Watak Puteri yang dibawanya menimbulkan kontroversi apabila ada pihak mendakwa Fasha melakonkan watak bisu di atas ranjang tanpa sepatah dialog. Mengapa pelakon jelita ini sanggup menerima tawaran tersebut?

Menarik nafas sedalam-dalamnya, Fasha cuba mencari kekuatan untuk merungkai cerita di sebalik tuduhan-tuduhan tidak berasas itu.

“Sebelum menuduh saya menggadai maruah, saya nak tanya sikit apa maksud menggadaikan maruah? Gadai maruah bermaksud menjual dirikan? Saya tidak menggadaikan maruah atau menjual diri saya. Saya hanya melakukan aksi lakonan. Dan bagi saya watak itu tidak melampaui batas.

“Saya melakonkan lima babak dan aksi di atas katil itu bukanlah satu aksi yang patut diperkatakan kerana saya berpakaian dan bukannya berselimut atau tanpa pakaian.

“Tentang isu tak bersuara dalam filem itu, saya memegang watak dalam visual flash back (imbas kembali). Jadi dialog terpaksa dipotong. Ada pihak yang sengaja mahu mencipta sesuatu yang tidak benar. Kalau mahu membuat kontroversi mengenai babak itu, baik hentikan sahaja,” kata pelakon jelita ini dalam satu pertemuan bersama MEGA di lokasi filem 9 September yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah duta baru Maybelline ini lagi, dia masih waras dan berfikir panjang sebelum menerima watak tersebut.

“Saya tak sebodoh itu untuk menerima tawaran berlakon yang tak tentu pasal. Dan saya tahu watak itu tak melampaui batas. Watak Puteri merupakan watak penting kerana dia merupakan punca perpisahan Siska dan tunangnya. Walaupun saya hanya muncul dalam lima babak tapi watak itu penting,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Mula terima watak antagonis

Kalau sebelum ini khalayak sering melabelkan Fasha hanya membawakan watak perempuan baik-baik sahaja, kini khalayak harus menukar persepsi tersebut.

Kata gadis kelahiran Johor ini, selain watak Puteri, dia kini sudah mula menerima pelbagai watak antagonis supaya tidak lagi dilabelkan sebagai pelakon stereotaip.

“Peminat kini harus menerima hakikat yang sekarang Fasha sudah mula membawa watak antagonis. Selain watak Puteri, dalam filem Anak Halal saya bawa watak perempuan liar, filem 9 September saya bawa watak tomboy dan beberapa lagi watak antagonis lain.

“Jadi saya harap penonton Malaysia berfikiran terbuka dan dapat menerima watak-watak jahat yang saya lakonkan,” kata pelakon dan model ini.

Justeru Fasha percaya peminat masih berpihak kepada dirinya apabila filem BPB ditayangkan di Malaysia sekitar bulan April depan.

“Saya bagi peluang pada peminat untuk buat penilaian sendiri apabila mereka menonton filem tersebut. Tapi saya yakin mereka akan bersama-sama saya. Lagi pun babak yang dikecoh-kecohkan itu satu babak di mana baru nak mula aksi cium dan ada elemen camera trick di situ. Bukannya babak selepas mengadakan hubungan seks atau apa,” ujarnya.

Seksi berani mati

“Seksi berani mati? Saya rasa tak wujud istilah seksi dalam diri saya. Saya seorang model dan pelakon, jadi saya harus mempelbagaikan cara pakaian saya. Kenapa nak persoalkan pakaian saya,” kata Fasha.

Apa yang dikesalkan oleh Fasha, mengapa apabila dia memakai pakaian yang agak terbuka sering kali dipersoalkan. Tetapi tatkala dia memakai pakaian yang sopan, tidak ada pihak mahu memperkatakannya.

“Bila saya pakai baju kebaya pada Anugerah Skrin kenapa tak ada orang bercakap. Memang lumrah manusia apabila nampak kelemahan kita, akan bercakap tapi bila benda-benda yang baik tidak ada pula nak dibincangkan.

“Saya tak kisah kalau ada orang nak memperkatakan tentang itu. Terpulang pada mereka. Tapi kita harus lebih terbuka dalam isu pakaian ini sebab ia bukan satu isu besar dalam industri kita,” ujarnya.

Tak akan memotong rambut

Untuk menjayakan watak gadis tomboy bernama Nia dalam filem 9 September, Fasha tetap dengan pendiriannya untuk tidak memotong rambut.

Bukan tidak berani menempuh cabaran baru namun sebab utamanya adalah kerana dirinya terlibat dalam bidang komersial.

“Saya tak potong rambut sebab saya terlibat dalam bidang komersial. Jadi agak menyukarkan kalau saya potong rambut.

“Lagi pun saya pernah berambut pendek sebelum aktif berlakon. Itu bukanlah satu isu besar,” katanya sebelum mengakhiri perbualan pada petang itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.