saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/03/2007

Ha! Cucu Opah Nak Kahwin? setiap Jumaat di RTM1

Sebuah lagi drama bersiri menarik, Ha! Cucu Opah Nak Kahwin? untuk tontonan seluruh keluarga disiarkan setiap Jumaat pukul 2.05 petang di RTM1, saluran Inforia. Drama bersiri sebanyak 18 episod ini diarahkan oleh Azizi Chunk Datuk Adnan dan diterbitkan oleh Bright Network Sdn. Bhd.

Ha! Cucu Opah Nak Kahwin? menampilkan gelagat Opah yang begitu mengambil berat akan kehidupan dan masa depan cucu-cucunya iaitu Kadir, Samsiah dan Sabariah sehingga masuk campur dalam hal pilihan jodoh mereka.

Kadir dan saudara kembarnya, Samsiah dan Sabariah amat menyayangi dan menghormati Opah yang menjaga mereka bertiga setelah kematian ibu bapa.

Pada pengkisahan yang lain, digambarkan Zainab sibuk dengan hal politiknya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap suaminya, Mat Bulat yang terpaksa membeli nasi bungkus dan makan dengan anaknya, Din.

Din dan kawan-kawanya menghabiskan masa dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan berlumba motosikal.

Opah yang mempunyai dusun durian mengesyaki Din dan rakan-rakannya mencuri durian-duriannya. Namun, Opah hanya mendiamkan diri dulu dan mencari masa yang sesuai untuk memerangkap Din.

Sabariah pula memberitahu saudara kembarnya yang dia sudah mempunyai kekasih. Tetapi dia merasakan yang dia akan mempunyai masalah dengan kekasihnya itu dan kerana itu jugalah dia berkawan dengan Din. Samsiah tidak suka Sabariah rapat dengan Din kerana Din bukanlah betul-betul telah berubah.

Opah yang baik hati, simpati terhadap nasib Idah yang baru sahaja kematian suami dan membantu Idah mengusahakan perniagaan kerepek.

Dalam pada itu, Opah sebenarnya memasang angan-angan untuk menjodohkan Kadir dengan Hasanah kerana Opah amat suka dengan Hasanah yang sudah dianggap sebagai cucunya sendiri. Tapi diluar sedar Opah, Kadir sebenarnya telah mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu Saleha.

Saleha membuat pengakuan dengan ayahnya, Pak Mat yang dia kini sudahpun mempunyai teman lelaki. Kadir juga akhirnya berterus-terang dengan Opah yang dia ingin berkahwin. Pak Mat bersetuju pada mulanya tetapi apabila mendapat tahu yang Kadir berasal dari Perak, Pak Mat menarik balik persetujuan itu.

Begitu juga dengan Kadir. Opah yang mulanya gembira mendengar keputusan Kadir untuk berkahwin akhirnya menjadi begitu marah apabila mendapat tahu yang Saleha berasal dari Kelantan.

Opah sebenarnya mempunyai kisah silam yang tidak pernah dilupakan sehingga membuatkan dia fobia dengan orang dari negeri Kelantan.

Ini membuatkan Kadir bingung. Kadir kemudiannya berpakat dengan Samsiah dan Sabariah untuk memasang strategi melembutkan hati Opah.

Dalam pada itu, koperasi kerepek Idah semakin hari semakin mendatangkan keuntungan. Idah dan Semah menyarankan supaya Opah masuk politik kerana mereka memerlukan seorang pemimpin yang betul-betul layak untuk memimpin kaum wanita di kampung mereka.

Berjayakah Kadir dan adik-adiknya melembutkan hati Opah untuk menerima Saleha? Apakah yang menyebabkan Opah fobia dengan orang Kelantan? Adakah Opah berjaya mengatasi Zainab dalam pilihan raya bagi memilih ketua yang baru?

Saksikan kesudahan drama bersiri Ha! Cucu Opah Nak Kahwin? yang dibintangi pelakon-pelakon drama hebat seperti Norlia Ghani, Fauzi Nawawi, Noorkhiriah, Ngasriah Ngasri, Nisha Dirr, M. Rajoli, Rosnah Johari, Fadhil Dani, Nasrizal Ngasri, Zarynn Minn, Fadillah Mansor, Sheila Mambo dan Illya Buang.

Antara senarai pelakon

Norlia Ghani sebagai Opah

Fauzi Nawawi - Kadir

Noorkhiriah - Samsiah

Ngasriah Ngasri - Sabariah

Nisha Dirr - Saleha

M.Rajoli - Pak Mat

Rosnah Johari - Zainab

Fathil Dani - Mat Bulat

Fadillah Mansor - Munah

Ngasrizal Ngasri - Din

Kismah Johar - Semah

Sheila Mambo - Idah

Zarynn Minn - Nora

Mohd. Johari Mansor - Kamal

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.