saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/03/2007

ADUN Machap meninggal dunia

MELAKA 15 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan negeri, Datuk Wira Poh Ah Tiam meninggal dunia di Hospital Pantai, Ayer Keroh di sini petang ini.

Ah Tiam , 55, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap merangkap Pengerusi Perhubungan MCA negeri disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang ini kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang sempat mengunjungi mendiang kira-kira dua jam sebelum itu terkejut dan tidak menyangka sama sekali mendiang sudah meninggal dunia.

Beliau yang bergegas kembali ke hospital itu selepas mendapat tahu tentang kematian Ah Tiam berkata, pemergian mendiang merupakan kehilangan besar kepada Barisan Nasional (BN) negeri.

‘‘Ketika saya melawatnya lebih kurang pukul 4 petang tadi, keadaannya stabil. Dia memberi maklum balas dengan membuka matanya.

‘‘Saya sedih dan ucapkan takziah kepada keluarganya,” kata Mohd. Ali kepada pemberita di Hospital Pantai di sini.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Tan Moi King serta tiga orang anak iaitu Poh Sin Ee, Poh Sin Huei dan Poh Sin Yoong.

Jenazah mendiang dibawa ke kediamannya di Jalan Bachang Baru di sini malam ini. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting turut menziarahi keluarga mendiang di rumahnya malam ini.

Mohd. Ali berkata, mendiang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana kanser dan telah mendapat rawatan terbaik di hospital Singapura dan di sini.

Difahamkan mendiang mendapat rawatan terakhir di Hospital Pantai, Ayer Keroh sejak sebulan lalu.

Ah Tiam dilahirkan di Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini pada 1 April 1952. Mendiang pernah menjadi seorang guru pada tahun 1974 hingga 1982 sebelum berkecimpung dalam arena politik sejak 1987.

Karier politiknya bermula sebagai Pengerusi MCA cawangan Air Pasir dari tahun 1987 hingga 1997.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam parti MCA ialah sebagai Timbalan Pengerusi bahagian, Setiausaha Kehormat MCA negeri, Timbalan Ketua Pemuda MCA Pusat dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan MCA negeri sejak tahun 2002.

Mendiang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri sejak 1999.

Dalam pilihan raya umum 2004, Ah Tiam yang bertanding di DUN Machap menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.