saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 19/03/2007

Menghargai Raja Tun Mohar

BIOGRAFI Raja Tun Mohar Raja Badiozaman - A Gracious Prince: The Pride Of The Nation merupakan usaha mulia untuk memperkenalkan tokoh-tokoh negara yang telah banyak berjasa kepada Malaysia bukan sahaja daripada politik tetapi juga pembinaan semua negara yang merdeka, berdaulat dan mampu memenuhi harapan rakyat untuk hidup dalam keadaan maju dan aman damai.

Biografi ini mencatatkan bahawa beberapa tahun dulu ketika perbincangan tidak rasmi di antara pegawai tertinggi muda negara dengan pegawai tertinggi muda Rusia di Kuala Lumpur, nama Raja Tun Mohar disebut tetapi apa yang memalukan pegawai tinggi kerajaan itu ialah dia tidak mengetahui siapakah Allahyarham itu. Sedangkan pegawai Rusia itu memberitahu bahawa Raja Tun Mohar merupakan pegawai tinggi kerajaan yang pertama menandatangani perjanjian perdagangan dengan Rusia.

Itulah realitinya, selama ini peranan pegawai-pegawai kerajaan atau tokoh-tokoh korporat gagal untuk diketengahkan kepada masyarakat mengenai jasa dan bakti mereka kepada negara walaupun sumbangan mereka membolehkan negara ini mampu untuk membangun seperti ini.

Kata-kata Profesor Sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Khoo Kay Kim dalam temu ramah beliau dengan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa selama ini rakyat disajikan dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik terutama mereka yang berhaluan kiri, namun peranan pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala perancangan kerajaan gagal diketengahkan.

Mungkin ramai yang mengenali Raja Tun Mohar sebagai orang yang menerajui Malaysia Airlines System (MAS) dan Petronas semasa penubuhannya namun, sumbangan Allahyarham melebihi daripada itu.

Raja Tun Mohar dikenali sebagai seorang yang lemah lembut, berintegriti tinggi, berpengetahuan luas dan mudah dipercayai menyebabkan Allahyarham antara pegawai-pegawai kerajaan dan tokoh-tokoh korporat atau sekarang dikenali sebagai ketua pegawai eksekutif yang paling berjaya di Malaysia.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1938 dan kemudian sebagai Pegawai Pentadbiran Tanah Melayu pada tahun 1953 selepas menamatkan pengajian ijazah pertama dalam bidang ekonomi di Universiti Cambridge.

Raja Tun Mohar yang memegang pelbagai jawatan di sektor awam dan swasta dilihat sebagai tokoh yang berdaya maju dan dinamik sepanjang hayatnya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 81 tahun pada tahun 2003 dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1922, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Clifford sebelum melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura.

Raja Tun Mohar memperoleh ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Cambridge di England pada tahun 1952 dan diploma ekonomi pertanian dari Universiti Oxford.

Allahyarham dikenali sebagai seorang tokoh yang bersedia untuk mengetuai sebarang jawatan demi negara yang akan dilaksanakan sehingga objektif pelantikan beliau terlaksana, malahan beliau akan bersedia untuk memberikan apa sahaja nasihat di dalam pengetahuannya kepada kerajaan atau mana-mana individu bagi menyelesaikan pelbagai perkara.

Biografi Raja Tun Mohar ini menyingkap mengenai hidup Allahyarham yang tidak diketahui oleh generasi muda sekarang, mengenai peranannya semasa menjadi pegawai kerajaan, sebagai penasihat ekonomi negara dan sebagai CEO yang mengetuai syarikat-syarikat milik kerajaan yang baru sahaja ditubuhkan.

Sebagai pegawai kerajaan Raja Tun Mohar merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk polisi perdagangan negara ketika Allahyarham menjawat jawatan pengawal di Bahagian Perdagangan, Kementerian Perdagangan dan Industri.

Polisi perdagangan liberal yang diamalkan oleh negara ini merupakan hasil usaha beliau untuk memastikan kerajaan melindungi pasaran tempatan dan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan asing memandangkan beliau berpendapat bahawa negara perlu mempromosikan sektor swasta yang aktif sekiranya mahu mencapai pembangunan industri yang pesat dan cepat.

Raja Tun Mohar juga merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menubuhkan syarikat-syarikat bumiputera sepenuhnya iaitu Permodalan Nasional Berhad, satu tindakan yang amat penting bagi membolehkan orang Melayu mempunyai pegangan dalam ekonomi negara.

Sebagai Penasihat Eknomi Negara kepada tiga orang Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad beliau memainkan peranan yang amat penting untuk mengerakkan Malaysia ke arah negara ketiga yang paling pesat membangun.

Raja Tun Mohar dikenali sebagai seorang perunding yang amat berkaliber dan merupakan perunding yang paling dipercayai bukan sahaja oleh pemimpin-pemimpin negara tetapi juga pemimpin-pemimpin asing, keupayaannya itu membolehkan Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dengan dua buah negara komunis iaitu Rusia dan China.

Senarai rundingan perdagangan Raja Tun Mohar dengan negara-negara lain seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Kanada, Belanda, Jerman Barat serta Bulgaria, Romania, Poland dan Hungary yang pada masa itu merupakan negara blok komunis.

Peranan Allahyarham sebagai CEO tentunya dirujuk kepada penglibatannya sebagai orang yang mengemudi MAS dan Petronas sehingga menjadi syarikat yang disegani, selama 20 tahun menerajui MAS sebagai pengerusi syarikat itu berjaya membangun dan memenuhi aspirasi negara sebagai syarikat penerbangan kebangsaan.

Pengarah Urusan MAS yang bekerja di bawah Raja Tun Mohar, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam temu ramah dengan Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu bahawa, Allahyarham merupakan penanda aras kepada integriti dan rasa tanggungjawab kepada CEO-CEO di negara ini.

‘‘Raja Tun Mohar tetap sebagai penanda aras sehingga sekarang dan saya tidak melihat CEO-CEO yang menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekarang bertindak dan memikul amanah itu seperti yang dilakukan oleh Allahyarham.

‘‘Apa yang pasti biografi Raja Tun Mohar ini boleh menjadi penunjuk jalan kepada CEO-CEO sekarang bagaimana untuk menerajui syarikat-syarikat yang diamanahkan,” katanya.

Peranan Allahyarham kepada pembangunan Petronas ialah untuk mendapatkan kawalan semula hasil minyak mentah negara yang pada masa itu dikuasai oleh tiga gergasi minyak dunia iaitu Shell yang menguasai Sarawak Shell, Sabah Shell serta Pecten sebuah syarikat luar pantai Shell serta Exxon.

Biografi ini mencatatkan bahawa semasa rundingan, Raja Tun Mohar berhadapan dengan strategi berbeza dari Shell dan Exxon, Shell yang telah beroperasi di negara sejak 1910 bersedia berkompromi tetapi Exxon bersikap ‘keras kepala’.

Keupayaan Raja Tun Mohar mengenali pemikiran perunding-perunding kedua-dua syarikat itu membolehkan dalam tempoh dua bulan setengah Allahyarham dapat mengetengahkan perjanjian yang dapat diterima oleh syarikat minyak dan kerajaan.

Usaha Raja Tun Mohar ini membolehkan Perdana Menteri pada masa itu Tun Hussein Onn membuat pengumuman di Dewan Rakyat pada 16 November 1976 bahawa perjanjian perkongsian pengeluaran minyak di antara Shell, Exxon dan Petronas telah berjaya dimeterai. Termeterainya perjanjian ini memperlihatkan ketokohan dan keupayaan Raja Tun Mohar menyelesaikan pertikaian di meja rundingan yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.