saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/03/2007

Diya geram kisah cinta didedahkan AF


CAK!... Mungkin itulah yang dikatakan Diya sebagai lambang pengenalan dirinya di AF5.


“SAYA memang terkejut apabila diumumkan tersingkir pada minggu pertama konsert AF5 (Akademi Fantasia musim kelima) kerana saya menjangkakan pihak Astro akan memberi peluang untuk meneruskan pembelajaran di akademi. Tetapi saya reda dengan kehendak pengundi.”

Demikian luahan hati Adyana Kholid atau Diya, 21, peserta pertama yang disingkirkan dari AF5 pada malam Sabtu lalu.

Namun bagi Diya, inilah yang dinamakan realiti dan menyedari realiti itu, Diya terpaksa akur apabila kisah cintanya didedahkan oleh Tirai AF pada 10 Mac lalu.

Tirai AF pada hari itu telah menyiarkan adegan bekas teman lelaki Diya menyoal siasatnya terhadap cinta Diya yang beralih arah.

Mengulas tentang pendedahan itu, kata Diya: “Ketika mengisi borang menyertai AF, saya masih lagi bersama bekas teman lelaki saya itu dan telah meletakkan namanya sebagai kawan rapat. Selepas itu, hubungan kami putus dan saya telah menemui cinta baru.

“Geram juga apabila cerita peribadi dijaja sedemikian rupa. Dan saya tidak menolak jika kes berkenaan menjadi punca saya disingkirkan dan undian tidak memihak kepada saya. Sudah pasti, orang akan sangka saya seorang yang ‘gedik’ dan mengada-ngada,” jelas Diya dalam nada kesal.

Tidak menyisihkan Zana

Minggu lalu, salah seorang pelajar AF5, Wan Nurul Zhana Wan Mohd. Hanizan atau lebih dikenali sebagai Zana menarik diri dari akademi.

Alasan Zana, dia begitu tertekan dengan keadaan di dalam akademi dan tidak mampu menghadapi situasi berkenaan.

Justeru ramai yang beranggapan, Zana disisihkan oleh pelajar-pelajar perempuan akademi itu.

Menjelaskan keadaan, kata Diya: “Jujurnya, kami tidak pernah menyisihkan Zana dan cuba untuk berkawan dengannya. Tetapi, dia sendiri yang bertindak untuk menyendiri dan menyelesaikan masalahnya secara sendirian,” kata Diya yang bakal muncul dalam filem Impak Maksima akhir tahun ini bersama Yatt dan Awal Ashaari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.