saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/03/2007

Siti Nurhaliza kembali sibuk


SITI NURHALIZA akan memulakan proses rakaman album terbarunya yang berkonsepkan irama Melayu tradisional mulai April ini.


KALAU ada yang beranggapan penyanyi popular Siti Nurhaliza semakin menyepikan diri daripada dunia seni setelah bergelar isteri, maka anggapan itu sebenarnya silap.

Ibarat perumpamaan, ‘diam-diam padi semakin berisi,’ begitulah dengan Siti yang bergelar Datuk kini. Walaupun penghibur jelita ini tidak menafikan memperlahankan sedikit aktiviti seninya selepas berumahtangga, namun kata Siti, menjengah April nanti dia akan kembali sibuk seperti zaman bujangnya.

Pertama, nantikan kemunculan Siti pada Konsert Istana Cinta Tribute Saloma dan P.Ramlee pada 20 dan 21 April ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

Sebelum itu, jangan lupa. Malam esok (23 April), Siti akan beraksi pada Konsert Di Ambang Merdeka Datuk Ahmad Jais di tempat yang sama. Siti akan mendendangkan sebuah lagu solo dan sebuah lagu duet bersama penghibur veteran tersohor itu.

Seterusnya, Siti akan tampil di Minggu Setiausaha secara eksklusif di Palace of the Golden Horses pada 24 April ini.

Rumah tangga tetap utama

Namun penyanyi yang sekejap nampak berisi dan sekejap nampak langsing ini memberitahu dia tetap memberi tumpuan terhadap rumah tangga.

“Yang mana show boleh tolak, Siti akan tolak. Yang mana Siti rasa perlu, Siti akan terima. Sebenarnya Siti cuma ambil show yang penting seperti majlis anugerah.

“Show korporat pun kadang-kadang terima juga tapi kalau jadualnya tidak bercanggah dengan majlis rasmi yang memerlukan Siti mengikut suami,” cerita penyanyi kesayangan ramai itu ketika ditemubual sebelum memulakan persembahannya pada Konsert Prelude AIM (Anugerah Industri Muzik) Ke-14 di Studio ntv7, Shah Alam, Jumaat lalu.

Esok, Konsert Prelude AIM siaran ntv7 pukul 8.30 malam akan menampilkan persembahan Adibah Noor, Deja Moss dan Juwita Suwito pula.

Terus bercerita perancangannya, kata Siti, dia turut sibuk dengan proses menyiapkan album barunya yang berkonsepkan irama Melayu sepanjang April akan datang.

“Niat Siti sudah lama untuk terbitkan album irama Melayu. Lagi pun sudah hampir empat tahun Siti tidak muncul dengan album lagu-lagu tradisional,” kata Siti yang menganggap irama pop dan tradisional sama penting dengan jiwanya.

Kata Siti, 28, dia masih menggunakan khidmat Pak Ngah, iaitu antara pencipta lagu tradisional terawal dalam karier seninya.

“Sudah lama Siti tidak mendapat sentuhan Pak Ngah untuk album Siti,” katanya tersenyum ceria seakan tidak sabar memasuki studio rakaman.

Bagaimanapun Siti berkata, dia turut meminta lagu daripada komposer terkenal yang lain iaitu S.Atan, To’ki, Ayub Ibrahim, Aubrey Suwito dan paling istimewa Datuk Ahmad Nawab selain komposer Indonesia.

Menariknya kata Siti, album terbarunya itu turut melibatkan emaknya, Siti Salmah yang turut sama memilih lagu-lagu popular lama untuk dirakamkan semula.

“Album ini bakal berada di pasaran paling cepat pun Jun ini atau selewatnya Ogos ini,” jelas Siti yang masih menyimpan hasrat untuk berlakon filem.

Tribute Saloma dan P.Ramlee

Terpancar keceriaan di wajah Siti apabila berbicara tentang Konsert Istana Cinta Tribute Saloma dan P.Ramlee.

Akui Siti, impiannya untuk mengadakan konsert khusus untuk Saloma sudah lama tersemat di sudut hatinya.

Akhirnya impian besar Siti itu tercapai apabila pihak IB bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Siti Nurhaliza Production.

Selepas perbincangan bersama dibuat, kedua-dua pihak sependapat untuk turut mengadakan konsert khas buat legenda negara Tan Sri P.Ramlee.

“Memang pada mulanya Siti ingin membuat konsert khas untuk Saloma. Namun apabila IB mencadangkan agar turut diadakan untuk P.Ramlee, Siti terus bersetuju. Siti anggap peluang ini satu penghormatan,” kata Siti yang akan menjemput artis lain untuk memeriahkan konsert berkenaan.

Jangan buat fitnah!

Siti nampak relaks apabila ditanya tentang cerita dirinya yang dikatakan `keguguran’ baru-baru ini. Jawapan yang diberikan seperti yang dijangkakan.

“Sampai bila peminat hendak percaya dengan cerita daripada Internet. Namun Siti tidak ambil kisah dan Siti tak marah pun dengan orang yang menyebarkan cerita ini.

“Tetapi Siti harap janganlah cerita sebegini menjadi isu besar kerana ia mendatangkan fitnah,” jawab Siti penuh bersahaja.

Apa pun isteri kepada usahawan berjaya Datuk Khalid Muhammad Jiwa yang popular dengan gelaran Datuk K ini tidak menafikan dia sering berkunjung ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Kalau hal yang melibatkan kesihatan diri, Siti memang mengambil berat sekarang. Tambahan pula, umur semakin meningkat dan Siti akan melangkah ke satu peringkat yang lain. Tak salah kalau kita kerap membuat pemeriksaan,” ujar Siti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.