saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/03/2007

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Machap 3 April

PUTRAJAYA 21 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka ialah pada 3 April ini, manakala pengundian pada 12 April jika ada pertandingan.

Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, bagi tujuan pilihan raya tersebut, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk yang disahkan pada 31 Disember 2006 dan dikemaskinikan sehingga 15 Mac lalu.

Beliau berkata, daftar pemilih tersebut mengandungi 9,623 pemilih iaitu 9,515 pemilih awam dan 108 orang pemilih pos dengan sedikit penurunan berbanding 9,889 pengundi pada pilihan raya umum 2004.

‘‘SPR telah dimaklumkan tentang kekosongan kerusi Machap pada 16 Mac lalu oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan kami telah menetapkan pilihan raya kecil akan diadakan bagi kerusi N.8 itu.

‘‘Writ telah dikeluarkan hari ini disusuli dengan notis pilihan raya kecil esok dan SPR melantik Pegawai Daerah Alor Gajah, Hashim Ismail sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menetapkan tarikh penamaan dan pengundian DUN Machap di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Wira Poh Ah Tiam yang juga Pengerusi MCA negeri pada 15 Mac lalu akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.

Pada pilihan raya umum 2004, mendiang menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi apabila memperoleh 5,847 undi berbanding Chen Kuang (1,285).

Dari segi komposisi penduduk, DUN Machap mengandungi 45 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu, 15 peratus India dan selebihnya kaum-kaum lain.

Menurut Ab. Rashid, daftar pemilih berkenaan telah dibersihkan apabila SPR memotong sebanyak 55 nama pemilih yang dikesan meninggal dunia melalui data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), manakala seorang pemilih dilucut taraf kewarganegaraan.

Katanya, bagi memastikan peraturan pilihan raya dipatuhi oleh calon dan parti-parti politik yang bakal bertanding, SPR telah menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan raya (PP-KPR) yang diketuai oleh Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah, Azizan Sulong.

‘‘SPR ingin mengingatkan kepada semua pihak terutama parti-parti politik, calon-calon, petugas parti dan individu lain yang terlibat dalam pilihan raya kecil tersebut supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur-prosedur pengurusan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Ditanya mengapa SPR memilih hari Khamis sebagai hari pembuangan undi berbanding kebiasaannya pada hari cuti am, beliau menjelaskan, langkah itu tidak akan menyebabkan jumlah keluar mengundi akan menurun, sebaliknya yakin dapat mengekalkan jumlah keluar mengundi sebanyak 75 peratus sebagaimana pilihan raya umum lalu.

‘‘Kita buat hari Khamis kerana mahu pengendalian pilihan raya kecil itu diselesaikan dengan segera dan tidak mahu tertangguh oleh sebarang politiking dan dengan tempoh kempen selama sembilan hari yang kita berikan itu adalah mencukupi kerana kawasan tersebut kecil.

‘‘Hari bekerja bukan masalah kerana mengundi dari pagi sampai petang, lagipun Melaka dekat tidak ada masalah, kalau orang itu benar-benar hendak mengundi dia boleh ambil cuti untuk mengundi,” katanya.

Jelas beliau, SPR dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengendalikan pilihan raya kecil tersebut kerana kawasan berkenaan sudah maju dan dilengkapi kemudahan prasarana dan memiliki jalan raya yang baik.

Tambah beliau, SPR akan membuka 19 saluran mengundi membabitkan lapan buah sekolah yang mempunyai kedudukan strategik dari segi logistik dan akan melantik kakitangan yang sesuai bagi melicinkan proses pilihan raya kecil itu.

‘‘Harap semua pihak akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada SPR bagi menjalankan pilihan raya dengan baik dan teratur tetapi juga kepada pasukan keselamatan yang akan tentukan keselamatan bagi memberi peluang kepada semua masyarakat Machap untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Dalam pada itu, SPR berharap semua parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu kerana masing-masing mempunyai peluang dan bergantung kepada pengundi untuk membuat penentuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.