saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 24/03/2007

Ahli Rakan Cop ‘mata dan telinga’ polis

MATA dan telinga polis. Itulah antara konsep diamalkan menerusi Rakan Cop atau Rakan Polis memandangkan keberkesanan sesebuah institusi penguatkuasaan undang-undang amat bergantung pada tahap kerjasama dan sokongan orang ramai.

Menerusi program itu, orang ramai terutama yang terlibat dengan pertubuhan masyarakat termasuk agensi kerajaan dan swasta digalakkan menyampaikan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.

Maklumat tersebut boleh disampaikan dengan mudah menggunakan telefon bimbit dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada talian 32728 (DAPAT), atau hotline 03-21159999.

Bagaimana Rakan Cop berfungsi? Ambil contoh situasi dalam satu kejadian ragut yang mana peragut melarikan diri menggunakan motosikal.

Apabila orang ramai atau ahli Rakan Cop melihat kejadian itu, mereka akan melaporkan terus kepada polis menerusi saluran Rakan Cop. Setelah laporan diterima dan disebarkan menerusi radio, puluhan ribu pengguna jalan raya dapat membantu mengesan dan memberi maklumat terkini lokasi motosikal tersebut berdasarkan nombor pendaftarannya.

Keadaan seumpama ini tentu menyulitkan penjenayah melarikan diri kerana terdapat puluhan ribu orang yang bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya sebelum ini menaruh keyakinan tinggi Rakan Cop akan menerima 300,000 ahli baru terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara dalam tempoh terdekat ini.

Ini pastinya membantu menjayakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi tindak balas dalam tempoh lapan hingga 15 minit sebaik menerima maklumat mengenai kes jenayah.

Program tersebut yang pada mulanya diperkenalkan di Kuala Lumpur pada Ogos 2004, mendapat kerjasama daripada lebih 13,000 ahli persatuan pemandu teksi di sekitar Lembah Klang; 98,000 ahli sahabat stesen Kuala Lumpur FM (KLfm), stesen Radio Era, operator trak tunda, Sukarelawan Terlatih Operasi Ronda Metrojaya (STORM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan.

Tetapi kini Rakan Cop setelah diperluas ke seluruh negara semakin ketara peranannya dalam membanteras jenayah.

Indeks jenayah berjaya mengalami penurunan daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 pada 2004 dan menurun lagi kepada 19,695 pada 2005.

Dengan perkembangan ini, masyarakat kini tiada alasan untuk tidak membantu polis kerana dengan kemudahan pendaftaran dan penyebaran maklumat dari telefon bimbit, ia semudah menghantar maklumat dari hujung jari dan dari mana-mana serta pada bila-bila masa.

KONSEP RAKAN COP

nBerorientasikan masyarakat menerusi perkongsian bijak.

nMenggalakkan kerjasama dan pembabitan masyarakat daripada agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, orang perseorangan bagi membantu polis memerangi jenayah dan masalah keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas.

nMemberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif dan positif dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepada polis, sekali gus mewujudkan perasaan dan budaya tanggungjawab bersama antara kedua-dua belah pihak.

nTindak balas pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan polis dan sekali gus kehadiran polis dapat dirasai.

MISI RAKAN COP

nMenjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara polis dan orang ramai.

nMemberikan didikan dan kesedaran sivik terhadap masyarakat tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalu lintas dan lain-lain aspek keselamatan.

nMenggalak dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke depan untuk menyalurkan maklumat kepada polis agar tanggungjawab bersama dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.

nMembantu menjayakan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tindak balas dalam tempoh lapan hingga 15 minit sebaik menerima maklumat mengenai kes jenayah.

SIAPA AHLI RAKAN COP

nSemua masyarakat adalah ahli Rakan Cop.

nCaranya mudah. Cuma mendaftar secara rasmi sebagai Rakan Cop menggunakan telefon bimbit.

Kaedah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti contoh di bawah:

1. (Jika di Kuala Lumpur) Taip POLISKL DAFTAR NAMA SAMARAN dan hantar ke 32728 (DAPAT).

2. Anda akan diberi nombor pendaftaran RAKAN COP Malaysia sebaik selesai mendaftar

3. Cara menghantar maklumat melalui SMS untuk kes di Kuala Lumpur - Taip: POLISKL TAIP MAKLUMAT dan hantar ke 32728 (DAPAT).

nSejak Rakan Cop diperkenalkan, indeks jenayah menurun daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 (2004) dan 19,695 (2005).

INFO GRAFIK RAKAN COP

RAKAN COP KUALA LUMPUR

Hotline 03-21159999

SMS: POLISKL 32728

Website: www.rakancop.net

E-mel: [email protected]

TALIAN RAKAN COP NEGERI-NEGERI LAIN:

IPK SELANGOR

Hotline: 03-20529999

SMS: POLISSEL 32728

IPK PERLIS

Hotline: 04-9711999

SMS: POLISPLS 32728

IPK KEDAH

Hotline: 04-7392999

SMS: POLISKD 32728

IPK P. PINANG

Hotline: 04-2691999

SMS: POLISPG 32728

IPK PERAK

Hotline: 05-2401999

SMS: POLISPK 32728

IPK N.SEMBILAN

Hotline: 06-7619999

SMS: POLISNS 32728

IPK MELAKA

Hotline: 06-2851999

SMS: POLISMK 32728

IPK JOHOR

Hotline: 07-2212999

SMS: POLISJOH 32728

IPK PAHANG

Hotline: 09-5151999

SMS: POLISPH 32728

IPK TERENGGANU

Hotline: 09-6270499

SMS:POLISTR 32728

IPK SABAH

Hotline: 088-318555

SMS: POLISSBH 32728

IPK SARAWAK

Hotline: 082-240800

SMS:POLISSWAK 32728

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.