saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 24/03/2007

Muzium PDRM menyerlahkan kegemilangan polis

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Perdana, Kuala Lumpur tersimpannya hampir 2,000 artifak dengan nilai sejarah menceritakan zaman dan setiap kegemilangan PDRM untuk dipamerkan kepada umum.

Ia juga menyimpan pelbagai bahan bukti bagi kes-kes jenayah yang pernah berlaku di Malaysia termasuk yang mencetuskan kegemparan seluruh negara seperti aktiviti penjenayah Botak Chin yang digeruni suatu masa dulu selain kegiatan kongsi gelap dan komunis.

Peranan sebenar muzium itu sebenarnya ialah mengumpul, mengkaji serta menyimpan barang-barang lama dan semasa yang bertujuan penyelidikan sejarah dan perkembangan pasukan selain mengenangkan pengorbanan, peranan dan kejayaan setiap anggota yang serta menaikkan imej polis.

Menurut Pegawai Operasi dan Teknikal, Cif Inspektor Selamat Sainayune, muzium ini turut mempamerkan senjata, model dan gambar-gambar lama, serta gambar peta dan rajah berkaitan darurat selain kelengkapan balai polis lama.

“Pameran di muzium ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menjadi tempat pengumpulan, kajian serta simpanan barang-barang lama dan semasa untuk faedah penyelidikan.

“Di samping itu, ia menjadi sumber rujukan mendidik masyarakat dan membimbing mereka dalam mengenali fungsi, peranan serta tanggungjawab PDRM,” ujarnya.

Melihat fungsinya, ia bukan sekadar premis menyimpan artifak atau dokumen tetapi berperanan penting mengekalkan tradisi dan memperingati sejarah pasukan polis.

Malah, ia seakan-akan tugu memperingati perjuangan, pengorbanan, peranan dan kejayaan yang dilakukan oleh polis sama ada semasa negara sedang aman atau ketika darurat.

Muzium yang dibuka pada Selasa hingga Ahad ini memaparkan maklumat dan gambaran jelas tugas-tugas yang dipikul PDRM dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara .

Sejak muzium itu ditubuhkan, ia sentiasa menerima kunjungan dan lawatan daripada semua lapisan masyarakat sama ada dalam mahupun luar negeri.

“Kebanyakan ketua polis dan ketua negara asing yang melawat Malaysia selalunya tidak melepaskan peluang melawat Muzium PDRM untuk menatap artifak dipamerkan,” kata Selamat.

Muzium PDRM dibangunkan Penguasa Pusat Latihan Polis (Pulapol), Gerry Waller dengan bantuan beberapa pegawai lain pada 1958. Ketika itu ia cuma bangunan kayu dan pada awalnya koleksi bahan-bahan di dalamnya sekadar untuk keperluan mengajar pelatih dan anggota polis.

Ekoran keadaan muzium yang uzur serta tidak mampu menampung pertambahan artifak, pada 16 Oktober 1983, Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Mohammed Hanif Omar mencadangkan tempat baru iaitu bangunan Mes Pegawai Kanan Polis, Kuala Lumpur yang kekal sehingga kini.

Projek pembinaan muzium dimulakan pada 18 Februari 1993 dengan kos pembinaan RM4.9 juta, manakala kerja-kerja hiasan dalaman melibatkan kos RM2.9 juta. Bangunan baru itu siap dan diserahkan kepada Muzium PDRM pada 23 Julai 1997.

Proses perpindahan ke bangunan baru itu dilakukan pada 26 Ogos 1997 dan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Perdana Menteri) pada 24 Julai 1999 manakala operasi dan perkhidmatannya mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Oktober 1998.

Sebagai mengenang dan tanda penghargaan kepada pengorbanan serta sumbangan besar pihak polis dalam menjamin keselamatan negara, masyarakat awam terutama warga Kuala Lumpur sudah tiba masanya meluangkan sedikit masa mengunjungi muzium ini.

Selain membantu menjayakan misi kerajaan untuk mengeratkan hubungan orang ramai dengan polis, masyarakat diberi jaminan oleh Selamat, seperti katanya “tiada siapa yang akan pulang dengan berasa rugi selepas melawat Muzium PDRM.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.