saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/03/2007

Sabri Yunus selesa dengan dialek Kelantan

BILA sebut saja nama Mohd. Sabri Yunus, 46, kita sudah tahu dia berasal dari negeri mana. Ini kerana Sabri amat sinonim dengan dialek Kelantan.

Loghat Kelantan diguna sewaktu dia berlakon sebagai Wes My Golok dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu untuk diseimbangkan dengan watak Budin lakonan Imuda yang bertutur loghat Utara itu.

Meskipun nama watak tersebut tidak terus melekat padanya, namun Sabri masih meneruskan tradisi berlawak menggunakan bahasa daerah.

Bila ditanya adakah dia terlalu mementingkan kenegerian hingga berlawak pun menggunakan bahasa daerah?

Sabri yang berasal dari Pengkalan Cepa, Kelantan berkata, dia lebih selesa berlawak menggunakan bahasa yang dekat dengan dirinya kerana ia lebih mudah.

Sabri mula berlawak ketika ditingkatan dua di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas.

Jelasnya, sewaktu di bangku sekolah dia amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu.

“Kalau saya berlawak menggunakan bahasa Utara tentu kelakar bunyinya. Lagipun amat mudah kalau saya berkomunikasi menggunakan bahasa seharian sebab komedi ini perlu pantas untuk membalas cakap,” katanya yang mula berlakon teater sejak 1984 selepas dua tahun bekerja sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Namun kata anak ketiga daripada tujuh beradik yang berhenti kerja daripada DBP pada 1993, dia tidak pernah membataskan penggunaan bahasa bila berlakon atau berlawak.

Apa yang sering berlaku, dia kerap diberi watak menggunakan loghat Kelantan sedangkan dia berkemampuan membawa sebarang peranan.

“Saya bukan ekstrem sampai tidak akan terima tawaran kalau perlu bertutur loghat lain. Saya adalah pelakon yang fleksibel, melakonkan watak yang dikehendaki pengarah dengan pengamatan sendiri,” katanya yang meminati lakonan Allahyarham S.Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri itu.

Sebelum bergiat teater di DBP, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi.

Katanya, ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan dia tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan.

“Memang saya tidak ada pengalaman mengarah tapi nak sangat menghasilkan teater. Teater itu juga telah dijadikan pentom untuk disiarkan di TV,” katanya yang merupakan anak kepada ketua kampung itu.

Sekarang ini, Sabri bukan sahaja dikenali sebagai pelawak berkumpulan dan stand-up comedian, malah dia juga popular sebagai pelakon teater, drama serta filem.

Kata suami kepada Noraya Mohd. Yusof dan ayah kepada Saidi, 16, Shamimi, 14, dan Shazni, 12, tidak semua orang boleh menjadi pelawak.

“Nak buat orang ketawa bukan mudah. Memanglah kawan-kawan gelak bila kita bersenda gurau tapi untuk berlawak di hadapan orang yang kita tidak tahu latar belakangnya, bukan mudah.

“Itulah cabaran yang perlu dihadapi bagi sesiapa yang ingin menjadi pelawak,” katanya yang dilantik sebagai Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro baru-baru ini.

Nama sebenar: Mohd. Sabri Yunus

Tahun lahir: 1961

Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan.

Pendidikan: Institut Pendidikan, Kota Bharu, Kelantan

Kerjaya: Artis

Pencapaian: Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa

2005), Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 - 1996

dan 2000)

Sitkom TV: Nik & Nani, Camni Camtu, Butik, Kelas Malam, Kelab dan Syyy!

Filem: Driving School, Imigran, Yes Tuan, Jogho dan Puteri Gunung Ledang

Teater: Wangi Jadi Saksi, Patah Sayap Terbang Jua, Raja Lawak, Tok Selampit, Matinya Seorang Pahlawan, London, Pentas Opera dan Cindai

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.