saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 30/03/2007

Fikirkan cara kawal laman blog

KUALA LUMPUR 29 Mac – Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap laman- laman blog tidak bertanggungjawab yang menyebar fitnah serta menimbulkan kebencian di antara kaum di negara ini.

Mereka berpendapat, walaupun langkah tersebut memberi implikasi kepada negara khusus dalam soal kebebasan berinternet, ia perlu dilakukan demi kepentingan negara secara keseluruhannya.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu memikirkan satu cara terbaik untuk mengawal kegiatan laman blog tidak bertanggungjawab itu.

Beliau menegaskan, walaupun kelihatan mustahil untuk dilakukan, kegiatan laman blog tidak bertanggungjawab itu tidak boleh dibiarkan.

‘‘Kerajaan mesti fikir cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini dan saya yakin kerajaan boleh peroleh cara yang sesuai,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, ketika membahaskan titah ucapan diraja, Ismail Sabri berkata, jika kerajaan tidak bertindak ke atas laman blog tidak bertanggungjawab itu, kerajaan akan dilihat sebagai tidak adil.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bangkit mencelah kemudian bertanya, adakah dengan menyekat laman blog itu, kerajaan akan menghapuskan jaminan tiada sekatan seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Dalam hal itu, Ismail Sabri berkata, ia terserah kepada kerajaan.

‘‘Yang penting kita tidak mahu pemilik blog guna kebebasan untuk melakukan perbuatan yang boleh memecahbelahkan kaum, agama dan menimbulkan huru-hara,” katanya

Mengulas lanjut soal kebebasan Internet, Ismail Sabri berpendapat, tidak salah untuk mengadakan sedikit sekatan demi kepentingan masyarakat yang lebih besar.

Beliau berkata, tindak balas daripada pejuang hak asasi juga tidak boleh dijadikan sebab untuk tidak melaksanakan sekatan itu.

‘‘Adakah kerana harga kebebasan tersebut, kita hendak menghalalkan golongan ini untuk terus menyebar fitnah, sebar kebencian.

‘‘Malaysia mempunyai 25 juta penduduk untuk dilindungi. Takkan kerana 10 atau 15 orang kita perlu memberi kebebasan itu,” katanya.

Ismail Sabri bagaimanapun mengakui tidak semua laman blog tidak bertanggungjawab.

‘‘Ada banyak yang bertanggungjawab,” katanya.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Junaidy Abd. Wahab yang turut menyokong tindakan ke atas blog tidak bertanggungjawab berkata, kerajaan boleh mencontohi langkah yang diambil oleh China dan Singapura.

‘‘Mereka turut menyekat blog tetapi blog-blog yang tidak bertanggungjawab, yang boleh menghuru-harakan negara,” katanya.

Beliau menambah, Singapura juga menubuhkan unit tertentu untuk memantau blog yang memudaratkan.

‘‘Walaupun Singapura menyekat, mereka tidak dikatakan menyekat kebebasan. Kenapa? Sebab ia bergantung kepada tujuan sekatan itu,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya akta yang digunakan untuk mengawal media cetak dan elektronik diteliti supaya dapat merangkumi Internet.

‘‘Langkah ini boleh menstabilkan keadaan. Jika tidak, kita akan sampai kepada satu keadaan kita tidak mempunyai kawalan langsung,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Hasni Mohammad ,berkata, beliau percaya kerajaan mempunyai caranya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah itu.

‘‘Saya percaya tidak ada yang mustahil. Ia perlu dimulakan segera,” katanya.

Kata Hasni, kerajaan boleh memulakan sekatan terhadap laman-laman blog ‘tegar’ sebagai amaran kepada mereka yang sering kali menjadikan blog untuk memfitnah seseorang.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh bersikap memilih dalam melaksanakan tindakan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.