saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 31/03/2007

30 sekolah kluster kumpulan pertama diumum


HISHAMMUDDIN Tun Hussein menyatakan sesuatu kepada sebahagian daripada pengetua sekolah kluster selepas majlis penyampaian Sijil Pengiktirafan Sekolah Kluster dan Program Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar AZLI AHAD.


KUALA LUMPUR 30 Mac – Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan senarai 30 buah sekolah kluster kumpulan pertama yang terdiri daripada semua kategori sekolah termasuk sebuah sekolah di pedalaman Sarawak dan sekolah Orang Asli di Johor.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 11 daripadanya ialah sekolah menengah harian (SMH), sembilan sekolah kebangsaan (SK), lima sekolah berasrama penuh (SBP), tiga sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan dua sekolah menengah teknik (SMT).

Turut tersenarai ialah SK Ulu Lubai di Limbang, Sarawak iaitu sebuah sekolah pedalaman dan SK Pengakalan Tereh di Kluang, Johor yang merupakan sekolah kebangsaan Orang Asli.

Menurut Hishammuddin, sekolah-sekolah lain ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keat Hwa, Alor Star bagi kategori sekolah aliran Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang bagi sekolah aliran Tamil dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang bagi kategori sekolah pendidikan khas.

‘‘Senarai 30 buah sekolah kluster itu telah pun disahkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

‘‘Ia bukan sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah terbaik di negara ini tetapi merupakan sekolah cemerlang yang berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi lagi,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan, di sini hari ini.

Sekolah-sekolah yang turut terpilih ialah Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya; Kolej Islam Sultan Alam Shah dan SMK (P) Sri Aman, Selangor; Kolej Tunku Kursiah dan SMT Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Turut terpilih ialah SMK Gunung Rapat dan SK Sultan Idris 2, Perak; SMS Tengku Muhammad Faris Petra dan SK Zainab 2, Kelantan; SMK Penang Free, SMKA Al-Manshoor, Pulau Pinang; SMK Aminuddin Baki, SMK Victoria, SMK St. John dan SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Selain itu, SMK Sultanah Asma, Kedah, SMK Abdul Rahman Talib, Pahang; SMK Derma (B), Perlis; SMT Tawau dan SK Sri Gaya, Sabah; SMKA Sheikh Abdul Malek dan SMK Sultan Sulaiman, Terengganu; SMKA Sharifah Rodziah, Melaka dan SK Infant Jesus Convent turut terpilih.

Hishammuddin berkata, kementerian akan membuka permohonan kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk disenaraikan sebagai sekolah kluster bermula bulan April ini.

‘‘Lembaga Penasihat Kluster akan bersama-sama kementerian dalam menetapkan kriteria dan tatacara pemilihan sekolah-sekolah kluster ini agar dapat dilaksanakan secara telus,’’ katanya.

Tambah beliau, usaha tersebut merupakan langkah pertama kementerian ke arah mewujudkan kelompok sekolah yang cemerlang dan mampu mengangkat martabat sistem pendidikan negara di mata dunia.

‘‘Bagaimanapun, banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak berkepentingan termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar.

‘‘Usaha ini adalah sejajar dengan pelaksanaan teras keenam yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) iaitu Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan,’’ ujarnya.

Hishammuddin memberitahu, sekiranya sekolah kluster ini berjaya, kementerian berkemungkinan akan menyatukan sekolah wawasan, integrasi, bestari dan SBP sedia ada kepada program tersebut bagi mewujudkan satu sahaja program pendidikan di Malaysia.

Sementara itu, pada majlis itu juga, perjanjian persefahaman (MoU) antara kementerian dengan University of London-Kings College, United Kingdom (UK) diadakan bagi melaksanakan Program Lepasan Ijazah khusus untuk melatih pengetua dan guru besar berhubung aspek kemahiran, kepimpinan dan pengurusan.

‘‘Melalui program ini, kementerian akan menghantar pemimpin-pemimpin sekolah kluster ke UK bagi mengikuti latihan intensif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan selama dua bulan.

‘‘Malah, pemimpin-pemimpin sekolah ini juga akan diberi pengalaman pembelajaran secara langsung, bukan sekadar lawatan, tetapi turut ditempatkan di sekolah-sekolah autonomi yang terpilih di UK,’’ ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, kursus intensif ini juga menawarkan Sijil Selepas Ijazah Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah yang boleh diguna pakai sebagai kredit untuk pemegang-pemegangnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.