saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/04/2007

Konsert Suara Hati Sudirman

KEHILANGAN yang tetap dirasai, walaupun setelah 15 tahun beliau pergi. Benarlah Allahyarham umpama sebutir bintang yang terus menyinari dunia hiburan tanah air.

Sinar itu tidak pudar malah berkilau tatkala namanya terus tersemat di hati mereka yang memuja anugerah bakat besarnya yang sehingga kini tiada ganti.

Kebanyakan lagu-lagu beliau adalah malar segar yang membawa sejuta nostalgia dan terus menjadi siulan ramai. Jasa itu yang tidak mampu terungkap apatah lagi dibalas.

Namun dalam usaha untuk terus memperingati nama dan jasa penghibur legenda yang bernama Sudirman itu, RTM membikin inisiatif menerbit satu konsert besar-besaran.

Ia adalah lewat rasa penuh penghargaan yang tidak terhingga kepada jasa seni beliau bersempena dengan ulang tahun RTM yang ke-61 dan sambutan kemerdekaan yang ke-50.

Allahyarham adalah penghibur unggul yang lahir lewat pertandingan Bintang RTM pada 1976.

Bukan sembarang penyanyi pertandingan, bakat versatil Sudirman menyerlah sejak saat itu.

Anak kelahiran Temerloh, Pahang ini bukan saja menawan pelbagai lapisan masyarakat, namun Allahyarham juga membuktikan kepada Asia setelah memenangi Anugerah Penghibur Terbaik Asia pada 1989 di Royal Albert Hall, London yang seterusnya mengharumkan nama negara.

Allahyarham begitu berbakat dalam bidang seni. Selain menyanyi Sudirman berkebolehan melukis, menulis, menari dan berlakon.

Lagu-lagu Allahyarham terkenal dengan mesej yang universal merangkumi pelbagai aspek bukan sekadar cinta tetapi juga sisi kehidupan lain dan ada kalanya beliau menyanyikan lagu patriotik penuh bertenaga.

Setiap lagu disampaikan dengan penuh jati diri dan bukan sesuatu yang menghairankan jika setiap persembahannya senantiasa melekat di hati penonton biarpun setelah bertahun-tahun berlalu.

Lagu Tanggal 31 misalnya terus berkumandang saban tahun pada setiap hari kemerdekaan dengan penuh megahnya. Persembahan Allahyarham di pentas terutama dengan showmanship yang penuh bertenaga selalu saja berkesan di hati dan cukup menghiburkan.

Walaupun Sudirman sudah lama meninggalkan kita, namun auranya masih terasa dan Allahyarham pastinya menjadi penghibur no. 1 yang tidak dapat ditukar ganti bakatnya.

Pemergiannya amat terasa dan nyanyiannya dalam lagu Salam Terakhir benar-benar menyimpulkan rasa kehilangan itu.

Tentu saja perjuangan Allahyarham akan terus hidup di hati rakyat Malaysia. Seperti kata beliau ketika hayat masih ada, ‘‘Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lama...’’

Keramat sungguh kata-kata itu. Konsert bertajuk Suara Hati Sudirman yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini akan terus mengimbau nostalgia Sudirman lewat lagu-lagunya yang malar segar.

Konsert yang diterbitkan oleh Ain Sabrina itu turut dijayakan oleh banyak artis terkenal tempatan.

Itu termasuk Ramli Sarip, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Mawi, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Farawahida, Liza Hanim, Izwan Pilus, Nita, Dayang Nurfaizah, Faizal AF dan Bob.

Konsert yang diiringi oleh Orkestra RTM itu bakal menghiburkan penonton dengan nyanyian lagu popular Sudirman. Penyanyi popular masa ini, Mawi misalannya akan membuka konsert dengan nyanyian lagu Dir.

Siti pula turut menyumbangkan lagu Salam Terakhir dan Tanggal 31 di samping Ramli Sarip dengan lagu Milik Siapakah Gadis Ini, Misha (Terasing) dan Liza Hanim (Hujan).

Lagu Sudirman lain yang akan berkumandang pada konsert itu adalah Apa Khabar Orang Kampung, Hidup Sederhana (Basikal Tua), Aku Penghibur, Joget Kenangan Manis, Chow Kit Road, Kul It!, Jauh Di Sudut Hati, One Thousand Million Smiles, Merisik Khabar dan Di Dalam Sepi Itu.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton konsert yang cukup bersejarah yang turut disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati selama dua jam mulai pukul 8.30 malam melalui RTM1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.