saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/04/2007

Penyelidik gamat antara lima Tokoh Maulidur Rasul 2007


PARA pemenang anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2007 Peringkat Kebangsaan (dari kiri) Nurul Atikah Kamaruddin, Najmil Faiz Mohamed Aris, Abdul Majid Yusof, Dr. Hassan Yaakob dan Mary Yap Kain Ching bersama anugerah masing-masing di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.– Gambar ASWAD YAHYA.


KUALA LUMPUR 31 Mac - Penyelidik gamat, Dr. Hassan Yaakob dan bekas pengetua super Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tawau, Mary Yap Kain Ching adalah antara lima penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2007 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Penerima lain ialah pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 bagi Orang Asli, Nurul Atikah Kamaruddin yang berjaya mendapat 8A dan pemandu Jabatan Kerja Raya, Abdul Majid Yusof dari Terengganu yang berjaya membesarkan 12 daripada 16 anaknya hingga ke menara gading.

Seorang lagi penerima ialah penulis buku Meniti Puncak, Najmil Faiz Mohamed Aris yang menjadikan kegagalannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk berjaya hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah.

Dr. Hassan, 49, seorang usahawan dan bekas penyelidik Universiti Malaya berkata, anugerah itu dianggap sebagai dorongan untuk mengembangkan lagi bidang penyelidikan bioteknologi tempatan bagi kegunaan masyarakat sejagat.

Beliau yang menerima anugerah itu hasil penyelidikan gamat sebagai produk kesihatan menyifatkan ia adalah satu kemenangan kepada diri dan rakan-rakannya untuk terus memajukan lagi bidang bioteknologi tempatan.

‘‘Insya-Allah, dengan semangat yang diberikan, saya akan berusaha supaya produk dari Malaysia ini menakluki semua negara di dunia,’’ katanya.

Mary Yap, 56, pula berkata, anugerah tersebut sangat istimewa bagi dirinya kerana walaupun bukan seorang beragama Islam, beliau tetap diberikan penghargaan itu.

Sambil menyatakan rasa terharu, beliau berkata, anugerah tersebut merupakan perangsang untuk beliau terus menabur bakti kepada negara melalui bidang pendidikan.

‘‘Anugerah ini mendorong saya untuk bekerja lebih keras lagi. Saya akan terus memberi khidmat walaupun telah bersara tiga minggu lalu,’’ katanya yang kini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat untuk sekolah kluster.

Sementara itu, Nurul Atikah, 16, menanam tekad dan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

Malah, dia terus berazam untuk memartabatkan lagi hidup masyarakat Orang Asli di negara ini.

‘‘Saya ingin buktikan Orang Asli juga boleh berjaya, tiada halangan bersaing dengan kaum lain. Hanya kesungguhan yang akan membawa kejayaan,’’ jelasnya.

Bagi Najmil Faiz, 28, anugerah yang diterima itu merupakan pencetus dan pembakar semangat untuk beliau terus mencipta kejayaan lebih besar.

Najmil Faiz berkata, kegagalan tidak seharusnya menjadi menghalang untuk seseorang itu daripada terus memburu kejayaan.

Sementara itu, pasangan Abd. Majid Yusof, 73, dan Maimunah Taib, 71, dari Terengganu, menyifatkan anugerah itu memberi erti tersendiri kepada mereka yang berjaya membesarkan 16 orang anak, walaupun hidup dalam serba kesusahan.

Abd. Majid berkata, mereka sanggup bergolok-bergadai untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak sehingga akhirnya mampu menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.

‘‘Jangan kedekut dalam soal memberikan pendidikan kepada anak-anak,’’ kata Abd. Majid.

Setiap penerima anugerah itu diberikan wang tunai RM5,000, hadiah iringan, plak dan sijil.

Mereka menerima anugerah masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.