saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 03/04/2007

Langkawi bakal diiktiraf geopark pertama Asia Tenggara

LANGKAWI 2 April – Pulau Langkawi semakin hampir mencipta sejarah negara untuk diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai taman geologi (geopark) pertama di Asia Tenggara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Tenaga, Penerangan, Teknologi Maklumat Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, tiga pakar penilaian dan akreditasi Geopark UNESCO dari Perancis, Ireland dan China yang datang membuat penilaian di pulau legenda itu selama tiga hari sejak Sabtu lalu memberi reaksi positif mengenai perkara tersebut.

“Maklum balas yang kita terima daripada mereka selepas mengadakan lawatan cukup memberangsangkan.

“Saya dan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani penuh yakin akan mendapat pengiktirafan berkenaan tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di kompleks LADA di sini malam tadi.

Tiga pakar UNESCO yang membuat penilaian bagi menentukan Langkawi layak diiktiraf sebagai geopark diketuai oleh Dr. Margarete Patzak dari Perancis, Dr. Patrick McKeever (Ireland Utara) dan Prof. Zhao Xun dari China.

Sepanjang tiga hari berada di pulau peranginan itu, mereka melawat destinasi tarikan pelancong seperti Kilim Geoforest Park di sekitar Kilim dan Tanjung Rhu, Pulau Dayang Bunting, Wang Buluh (Pulau Tuba) serta menghadiri acara kebudayaan di Laman Artis dan Kuala Triang.

Nawawi berkata, LADA mengambil masa selama 11 tahun untuk membuat persediaan rapi memohon Langkawi diiktiraf sebagai geopark.

Tempoh itu, menurutnya, sudah cukup untuk membuktikan kesungguhan kerajaan negeri memastikan hasrat itu menjadi realiti.

Jika semuanya berjalan lancar, jelasnya, pengumuman pengiktirafan tersebut akan dilakukan pada satu persidangan geopark di China pada Jun ini.

“Sekiranya diluluskan, Langkawi akan menjadi geopark yang ke-49 didaftarkan di bawah UNESCO dan yang pertama di Asia Tenggara.

“Ia juga yang akan menjadi geopark pertama di dunia yang mempunyai gugusan 99 buah pulau,” katanya.

Sementara itu, Dr. Patzak ketika ditanya adakah Langkawi memenuhi kriteria sebagai geopark memberitahu, perkara itu masih lagi dalam kajian.

Katanya, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi menentukan sesuatu kawasan itu layak diiktiraf sebagai geopark tetapi mereka berjanji akan cuba menyiapkan laporan mengenainya secepat mungkin.

“Pada waktu ini, biarlah kami rahsiakan dahulu perkembangan lawatan dan penilaian kami,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Kedah malam tadi turut merasmikan Geopark Langkawi di peringkat negeri dalam usaha menjenamakan semula pulau legenda itu menjadi kawasan tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Geopark merujuk kepada suatu kawasan yang mempunyai unsur seperti sejarah batu, formasi menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah, keseluruhan kawasan yang menarik dan mempesonakan serta mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan dipelihara.

UNESCO setakat ini mendaftarkan 48 geopark di seluruh dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.