saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/04/2007

New Boyz album baru kekal imej leleh

Biarpun digelar band meleleh, sedikit pun tidak memberi luka kepada anggota-anggota kumpulan New Boyz.

Malah New Boyz yang dianggotai oleh Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez berasa bertuah mendapat gelaran itu.

“Mungkin kerana gelaran itu juga kami dapat bertahan hampir 10 tahun,” kata salah seorang anggotanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru kata mereka, imej itu akan terus dipertahankan dalam album terbaru mereka yang masih belum berjudul.

“Kami tak akan lari dari imej leleh itu. Bagi kami itu bukanlah satu masalah. Tapi menerusi album ini, peminat yang mengikuti perkembangan kami akan dapat mendengar perbezaan yang ketara kami tampilkan.

“Selain susunan muzik, suara saya juga sudah jauh berbeza. Kalau dulu umur saya 15 tahun, sekarang dah 23 tahun. Jadi daripada segi penyampaian lebih matang. Dan muzik yang ada dalam album ini lebih santai,” kata Tomok ketika ditemui semasa melakukan sesi fotografi cover album terbaru mereka di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Album baru

Album baru itu bakal berada di pasaran pada 16 April ini. Mengambil masa hampir dua tahun tanpa produk, kata Zach, “Kita mula mencari material awal 2006. Dan mula masuk studio pada akhir Disember 2006 hingga bulan Mac 2007 lalu.”

Sebanyak 90 peratus pembikinan album kali ini mendapat sentuhan New Boyz sendiri. Berkolaborasi dengan Zulkefli Majid (Zul) dan Alfa Booty Kesuma, anggota kumpulan ini turut bertindak selaku penerbit.

“Setelah hampir 10 tahun dalam industri ini kami berasa lebih yakin untuk menghasilkan produk hasil sentuhan kami sendiri. sekurang-kurangnya kami dapat melahirkan sesuatu yang kami minat dan suka. Lantas dalam album ini banyak lagu-lagu ciptaan kami diketengahkan tapi kami tetap menyelitkan beberapa lagu dari pencipta lain seperti Taja, Aiman, Edry KRU dan Alfa Booty,” kata Tomok.

Album terbitan SRC Records ini menampilkan 12 lagu. Turut diselitkan sebuah lagu lama iaitu Sejarah Mungkin Berulang dalam versi orkestra sebagai lagu bonus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.