saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/04/2007

Kwai Lam didapati bersalah atur perlawanan Liga-S


Chow Kwai Lam.


SINGAPURA 3 April – Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Malaysia, Chow Kwai Lam, didapati bersalah terhadap tuduhan mengatur permainan membabitkan satu perlawanan Liga Singapura dua tahun lepas.

Hukuman akan dijatuhkan pada 10 April.

Hakim Daerah, Jasvender Kaur, menolak semua alasan pembelaan Kwai Lam, termasuk keterangannya bahawa dia sekadar menguji integriti penjaga gol apabila meminta pemain itu membiarkan bola melepasi gawangnya dalam permainan itu.

“Saya berpuas hati dengan pendakwaan yang membuktikan kamu bersalah tanpa sebarang keraguan dan seperti yang didakwa.

“Saya menolak alasan kamu tidak mempunyai niat memberi sogokan dan hanya menguji (penjaga gol) Zulkifli (Zainolabidin),” kata hakim.

Kwai Lam, 64, didakwa secara rasuah menawarkan wang suapan antara S$200 (RM455) dan S$300 (RM684) serta sejumlah wang lagi yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Zulkifli, penjaga gol utama pasukan kelab Paya Lebar-Unggol.

Sogokan wang itu bertujuan membenarkan pasukan lawan menjaringkan dua atau tiga gol pada perlawanan Liga-S dalam perlawanan antara Paya Lebar–Unggol dan Home United pada 16 Jun 2005.

Dia menghadapi hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga S$100,000 (RM228,000) atau kedua-duanya.

Semasa perbicaraan, Kwai Lam mengakui dia ada menghubungi Zulkifli supaya membenarkan bola melepasi gawangnya tanpa menyebut jumlah wang atau bilangan gol.

Katanya, dia hanya menguji penjaga gol itu kerana mengesyaki Zulkifli mengatur permainan berikutan kekalahan pasukannya dalam liga itu.

Dia dibenarkan diikat jamin S$20,000 (RM45,500) dan sejumlah S$10,000 (RM22,800) lagi untuk membolehkannya kembali ke Malaysia sebelum hukuman dijatuhkan pada 10 April.

Kwai Lam pernah mewakili Malaysia sebagai pemain antara 1965 dan 1971, menjadi jurulatih pasukan kebangsaan pada 1978.

Selepas itu, dia melatih pasukan Selangor dari 1979-1983 sebelum membimbing pasukan Sarawak pada 1984.

Dia kembali ke Semenanjung dan menjadi jurulatih Kuala Lumpur pada 1989, 1992, 1995 dan 1996.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.