saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 05/04/2007

Membentuk akhlak dan peribadi Tadika Az-Zahra


SOLAT, salah satu ibadat yang dititikberatkan dalam aktiviti tadika ini.


ANAK-anak merupakan aset yang paling penting di dalam sesebuah institusi keluarga dan juga negara, justeru pendidikan berperanan untuk membentuk kanak-kanak seawal mungkin dengan teknik dan kaedah yang dapat membantu mereka ke arah pembentukan akhlak dan peribadi terdidik.

Objektif tersebut adalah antara matlamat yang ingin digapai dan disempurnakan oleh tuan punya Tadika Ceria Az-Zahra, Zaharah Awang terhadap anak-anak didiknya.

Ujarnya, kepekaan ibu bapa terhadap hal anak-anak amat penting kerana memperoleh ilmu yang sempurna daripada segi Fardhu Ain, mahupun akedemik adalah hak mutlak anak-anak.

“Tempat yang bersih, ceria dan kondusif serta teratur antara faktor penyumbang persekitaran yang baik agar dapat diguna pakai cara dan budaya tersebut apabila mereka dewasa nanti,’’ katanya.

“Di Tadika Ceria Az-Zahrah, kanak-kanak bukan sahaja dididik dan dibimbing, tetapi kemahiran mereka dipupuk mengikut kemampuan dan menyuburkan potensi yang ada dalam diri kanak-kanak.

“Apa yang lebih penting, tadika ini berusaha membina minat dan keyakinan di dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan diri ke alam persekolahan dan kehidupan sebenar,” katanya.

Keseronokan kanak-kanak memasuki kawasan sekolah akan terpancar kerana persekitaran dibangunkan dalam suasana ceria dan berwarna-warni.

Susun atur perabot dan banyaknya jumlah permainan yang terdapat di sini, merupakan salah satu tarikan kepada golongan tersebut.

Apa yang membezakan tadika ini dengan tadika yang lain, dengan wujudnya sebuah pentas yang terletak di dalam ruang utama kelas.

“Pada setiap Jumaat, murid-murid yang ada di sini dan berusia empat, lima dan enam tahun akan digalakkan membuat persembahan pentas.

“Mereka bebas untuk menampilkan kebolehan seperti menyanyi, bercerita, berpantun, bersajak atau apa sahaja bakat yang mereka ada.

“Tujuan untuk menanamkan sikap berani mengeluarkan pendapat dan yakin pada diri sendiri,” ujarnya.

Menurutnya lagi, aktiviti seharian dilakukan di dalam kelas namun jika murid-murid meminta dilakukan di luar bilik kelas, permintaan itu akan ditunaikan sekali-sekala.

“Pendapat kanak-kanak wajar dihargai dan mereka juga mempunyai mood untuk dilayan. Menampilkan pelajar di tadika ini sebagai individu bermaklumat, dalam tempoh tertentu mereka digalakkan membawa objek sendiri daripada rumah.

“Misalnya mereka diminta untuk membawa buah-buahan yang jarang dilihat seperti durian Belanda dan buah nona. Selain melihat, menyentuh mereka juga digalakkan merasainya,” katanya.

Melalui kaedah tersebut katanya, kanak-kanak cepat belajar dan menanam kecenderungan untuk terus ke sekolah.

Menyentuh mengenai banyaknya barang permainan di tadika, Zaharah menjelaskan naluri mereka tidak boleh beralih daripada bermain.

“Bermain menjadi fitrah kanak-kanak namun aktiviti bermain itu kita selitkan pengajaran seperti disiplin menyimpan balik barang yang dikeluarkan, kerja berkumpulan dan menjalin kerjasama dengan rakan sebaya,” katanya

Katanya selain merangsang kanak-kanak agar berani, membina jati diri dan yakin, penerapan kerohanian dan adab juga dititikberatkan.

“Melalui aktiviti solat lima waktu setiap hari, hafalan surah, hafalan doa-doa harian serta adab dan adat budaya menjadi agenda utama pendidikan di tadika ini.

“Tujuannya membentuk sahsiah diri dan peribadi mulia serta akhlak terpuji agar menjadi contoh kepada masyarakat sebaya.

“Sesekali para pelajar akan dibawa melawat ke tempat-tempat berinformasi bagi menambahkan pengalaman dan pengalaman mereka dengan aktiviti luaran,” katanya.

Tadikan ini dikendalikan oleh enam tenaga pengajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.