saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/04/2007

Hujan iringi persandingan Rashid – Nurulhuda


BAGAI pinang dibelah dua. Persandingan Rashid dengan Nurulhuda menamatkan tanda tanya bilakah pengarah drama itu hendak mempunyai isteri?.


MALAM Sabtu 31 Mac lalu menjadi detik yang cukup bersejarah apabila pasangan disatukan dalam sebuah majlis yang penuh gilang-gemilang. Bagaikan sebuah acara perayaan, pentas persandingan di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan dua hati.

Hati yang dimaksudkan itu antara pengarah drama terkenal Rashid Sibir dengan Nurulhuda Azizi.

Siapa sangka percutian bersama keluarga di Pulau Besar, Melaka setahun yang lalu membuka satu lembaran baru dalam diri Rashid dan juga Nurulhuda apabila kedua- dua mereka saling jatuh cinta.

Bak kata orang, cinta itu buta. Benar kata-kata itu. Biarpun Rashid 14 tahun lebih tua daripada Nurulhuda namun itu bukanlah halangan untuk mereka tidak membina sebuah mahligai.

Pada usia 40 tahun Allah menemukan jodoh Rashid sementara Nurulhuda yang berusia 26 tahun tentunya bertuah dianugerahkan seorang suami sebaik lelaki itu. Kedua-dua mereka disatukan sebagai suami isteri pada hari yang sama sebelah pagi di rumah keluarga pengantin perempuan di USJ, Subang Jaya, Selangor.

Majlis merisik telah dilakukan sebelum bulan Ramadan tahun lalu dan Rashid berjaya menyembunyikan kisah cinta mereka sehinggalah kad perkahwinan diedarkan kepada umum.

Berkonsepkan persandingan dalam taman dengan tema warna hitam dan putih, persandingan pengarah drama dengan Penolong Pegawai Penyelidik di sebuah jabatan kerajaan ini membuka satu sejarah. Sejarah yang dimaksudkan seorang pengarah drama melakukan majlis yang begitu meriah di dalam taman.

Bak kata teman-teman, konsep persandingan sama seperti Erra Fazira dengan Yusry suatu ketika dahulu yang diadakan di Taman Tasik Permaisuri (KL) dengan konsep warna putih.

Malah ia juga seakan-akan serupa kerana kedua-dua majlis itu disaksikan hujan yang turun tanpa hentinya. Tapi bak kata Rashid sendiri, dia tidak menyangka hujan yang turun di awal petang berkahir lewat malam sehingga membasahi taman.

Meja makan dibaluti alas berwarna putih turut kuyup sehingga memaksa tetamu berteduh di bawah khemah yang disediakan. Namun kehangatan majlis tetap diteruskan walaupun bilangan tetamu berkurangan kerana hujan.

Para pelakon yang banyak membintangi drama-drama arahan Rashid tetap menunggu sehingga habis. Mungkin hujan cemburu melihat kisah cinta Rashid sehingga tidak mahu berhenti tetapi mungkin ada rahmat di sebalik titisan air yang turun itu.

“Kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Saya tidak kecewa walaupun hujan turun kerana saya percaya ada rahmat di sebalik kejadian itu,’’ jelas Rashid.

Memang benar. Rahmat adalah rahsia mencipta muka bumi ini tetapi apa yang penting muka-muka tetamu terpancar kegembiraan melihat persandingan mereka. Itu adalah petanda kepada rahmat tersebut.

Termasuklah para artis baru dan lama tidak berganjak untuk sama-sama meraikan detik-detik gembira itu termasuklah ada antara artis beberapa kali menambah hidangan yang disediakan.

“Sedap makan nasi kenduri kahwin Rashid ini. Lauk-pauk semuanya sedap walaupun hujan,’’ kata pelakon Zamarul Hisham yang datang bersama kekasihnya Diana Rafar.

Bagi Nurulhuda pula berkahwin dengan orang seni tidak pernah langsung dijangka. Tetapi hakikatnya hati wanita itu boleh terpaut kerana melihat kesederhanaan Rashid selama mereka berkawan.

“Dia memahami hati saya dan lebih tertarik bagaimana dia menuturkan kata-katanya setiap kali berbicara dengan saya,’’ kata Nurulhuda mengenai suaminya itu.

Apa yang diharapkan kira-kira 2,000 tetamu yang hadir meraikan majlis persandingan Rashid serta seluruh pembaca dapat mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang mereka bina.

Mudah-mudahan rezeki mereka yang berumah tangga itu akan dilimpahkan berlipat kali ganda di samping hidup aman harmoni buat selama-lamanya. Tahniah buat Rashid dan Nurulhuda. Selamat pengantin baru!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.