saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 09/04/2007

Pesona kedai buku

SESEBUAH tamadun yang maju, menjadikan buku sebagai makanan utama jiwa mereka. Ilmu, sebagai inti pati utama sesebuah buku merupakan juadah istimewa kepada pembangunan jiwa seseorang.

Sekiranya kelaparan boleh diatasi dengan penyediaan makanan yang lazat, yang boleh didapati di pasar, kedai runcit malah restoran, maka makanan jiwa juga boleh dicari dan dibeli. Juadah makanan yang sihat akan melahirkan manusia yang bertubuh fizikal sihat, begitu juga juadah minda yang sihat akan menjadikan manusia tersebut menjadi manusia yang sihat rohaninya. Kelaparan kepada ilmu boleh diatasi dengan membaca. Tetapi, seperti seorang yang kelaparan, makanan perlu dicari. Bagi seseorang yang kelaparan ilmu, buku perlu dicari dan kadang kala perlu dibeli.

Di sinilah kehadiran kedai buku penting di dalam sesebuah masyarakat. Seperti juga sebuah kedai makan atau restoran yang menyediakan pelbagai juadah santapan fizikal manusia, toko buku turut menyediakan pelbagai juadah untuk santapan minda dan mental para pelanggannya. Malahan tidak salah jika penulis katakan perniagaan jual-menjual buku dan makalah pendidikan sihat adalah antara perniagaan yang mulia lagi mendapat keberkatan.

Seandainya matlamat perniagaan lain mungkin lebih didominasi oleh keinginan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tidak bagi toko buku. Seseorang mungkin tidak berupaya membuka toko buku sekiranya individu itu sendiri tidak mempunyai minat yang mendalam tentang buku dan majalah.

Sesebuah tamadun juga menjadi maju hasil daripada himpunan dokumentasi- dokumentasi ilmuwan yang berada di zaman terdahulu. Dokumentasi tersebut pastinya diabadikan dalam bentuk buku dan menjadi bahan rujukan ilmuwan pada zaman kemajuan tamadun tersebut. Inilah yang terjadi hingga ke hari ini. Zaman berganti zaman, buku-buku mudah diperoleh dari mana-mana toko buku yang berada di merata tempat.

Namun begitu, berapa ramaikah masyarakat Malaysia mengunjungi kedai buku? Lantas terfikir, di manakah silapnya. Adakah kerana ia berkaitan dengan peratusan rakyat Malaysia membaca yang masih rendah? Atau kerana faktor-faktor lain yang berkaitan? Terutamanya tentang sifat dan keadaan toko buku kita. Atau tentang adab dan fasiliti toko buku di Malaysia?

Sehubungan dengan itu, sekali lagi Komuniti bukuonnline.org(http://www. bukuonline.org) bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan menganjurkan Seminar Pencinta Buku Malaysia ke-2 (SPBM2), yang bertemakan Pesona Toko Buku.

Seminar ini akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, yang turut memberi ucap utama bertajuk ‘Kembara di toko buku - Pengalaman Pak Samad’. Pak Samad pasti akan menceritakan pengalaman ‘estetik – intelektualnya’ di toko buku yang mampu memberikan inspirasi kepada kita untuk ‘menyintai’ toko buku. Pak Samad juga akan melancarkan empat buah buku, antaranya bertajuk ‘Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah: Dinamisme dan relevansinya’, yang ditulis oleh Shaharom TM Sulaiman.

Di antara kertas-kertas kerja lain yang turut dibentangkan ialah ‘Berlibur di toko buku’ oleh Ali Dina (Ketua Dua Bukuonline.org), ‘Toko buku nadir di Timur Tengah’ oleh Rahimi Md. Saad (Pensyarah UM), ‘Kecemerlangan toko buku dalam peradaban Islam’ oleh Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis, ‘Membumikan budaya membaca: Menyelusuri keakraban toko buku dan perpustakaan’ oleh Mohdi Darim (pemangku pengarah PPAS).

PBM2 kali ini akan diadakan pada 22 April 2007 (dari jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang), sempena perayaan Hari Buku Sedunia yang akan disambut pada 23 April 2007. SPBM2 akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam.

Untuk menyertai seminar ini, sila hubungi nombor telefon di talian 017- 3166508, 012-6225517, 019-3678067 dan 03-55197667 samb. 126. Semua dijemput hadir.

* KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM ialah Setiausaha Agung Komuniti Bukuonline.org

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.