saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/04/2007

Jessica Ong antara guru dan pembaca berita

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke rumah teres dua tingkat yang terletak di Puchong, Selangor, penulis tertanya-tanya betul ke itu rumah yang hendak dituju - seorang wanita tionghua bernama Jessica Ong yang merupakan pembaca berita di RTM 1.

Sebabnya - dari pintu pagar rumah lima bilik itu anda sudah terdengar suara budak perempuan dan lelaki yang begitu fasih bercakap Melayu apalagi seorang wanita Ng Kim Lau, 62, yang dipanggil popoh oleh kanak-kanak itu begitu mesra menyapa penulis dalam loghat Kedahnya.

Tetapi setelah panggilan dijawab dan muncul seorang wanita tinggi lampai, berwajah manis dengan lesung pipit menghiasi pipinya dan memperkenalkan dirinya sebagai Jessica Ong, akhirnya penulis pasti itulah rumah yang dicari.

Jessica Ong Hain Liaw, 33, mula membaca Berita Perdana pada 1 Ogos 2004 dan kini wajah manis Jessica sering muncul melalui Dunia Hari Ini pukul 10 malam setiap hari Ahad.

Ibu kepada dua orang anak - Hansen Ho Mun Hon, 7 dan Heidi Ho Mun Yee, 5, serta isteri kesayangan kepada Henry Ho Foon Ngei ini memang fasih berbahasa Melayu sejak zaman persekolahannya.

“Waktu itu saya duduk di kampung di Kedah dan kawan-kawan memang semuanya Melayu. Setiap hari selepas habis mengulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah, saya akan ke rumah kawan-kawan saya yang semuanya berbangsa Melayu.

“Disebabkan saya terlalu rapat dengan kawan-kawan Melayu, sampaikan emak saya pernah kata suatu hari nanti saya akan berkahwin dengan orang Melayu.

“Walaupun cakap emak itu bergurau, tetapi jodoh ditentukan oleh Tuhan. Akhirnya saya ditemukan jodoh dengan Henry, seorang suami yang begitu penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa memberi sokongan kepada minat dan kerjaya saya,” cerita Jessica yang merupakan seorang guru di Petaling Jaya.

Jessica yang pernah menuntut di Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah selama dua setengah tahun kini sedang melanjutkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu.

Menurut Jessica, walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap tetapi memiliki ijazah dalam pengajian bahasa Melayu adalah satu kepuasan bagi dirinya.

Menyentuh mengenai bidang tugasnya sebagai pembaca Berita Perdana dan Dunia Jam 10, Jessicca berkata:

“Bekerja sebagai pembaca berita bukan setakat membaca sahaja, malah yang lebih penting kita mesti tahu isinya dan barulah kita boleh menyampaikannya dengan penuh penghayatan.

“Bukan berlakon sahaja perlukan penghayatan, baca berita pun mesti ada penghayatan. Barulah orang yakin dan dapat merasakan berita yang kita sampaikan.

“Saya amat berterima kasih kerana pihak RTM memberi saya peluang dan pengalaman yang tidak boleh saya dapat walau di mana-mana universiti sekalipun,” kata Jessica sambil memandang mesra suaminya, Henry.

Menurut Jessica, selalunya empat jam sebelum dia membaca berita dia sudahpun bergerak dari rumahnya di Puchong kerana tidak mahu lewat dan mengganggu pembacaannya.

“Selalunya dua jam sebelum ke udara saya menyemak teks dan memahami keseluruhan berita supaya dapat menyampaikan dengan penuh yakin.

“Kalau kita setakat membaca tanpa penghayatan, jadilah berita itu hambar dan tidak menyakinkan. Saya harap suatu hari nanti saya akan dikenali sebagai pembaca berita yang terbaik di negara ini,” kata Jessica yang mahu terkenal seperti idolanya, Barbara Walter.

Minat budaya Melayu

Jessica bukan setakat membaca berita berbahasa Melayu tetapi suaminya, Henry Ho Foon Ngei, 41, juga meminati budaya Melayu.

Henry yang bertugas sebagai Pengurus Asia Pasifik, Drager Medical (pembekal barangan hospital) berkata, beliau memang mengkagumi adat budaya Melayu.

“Sejak dari sekolah lagi saya memang kagum dengan adat budaya dan sopan santun orang Melayu. Malah saya cukup terpegun apabila melihat mereka makan menggunakan tangan.

“Anda jangan terkejut jika suatu hari nanti anda berkunjung ke rumah saya dan ketika itu kami sekeluarga sedang makan dengan menggunakan tangan,” kata Henry sambil ketawa.

Fasih

Menurut Henry, walaupun dia tidak ramai kawan dari kalangan kaum Melayu tetapi kawan yang sedikit itu banyak membantunya mengenal adat budaya Melayu.

Sebab itu tidak hairanlah anak-anak mereka bukan sahaja fasih berbahasa Melayu malah pandai menggunakan peribahasa Melayu.

Penulis sendiri terkejut apabila secara spontan Heidi yang dipanggil ‘Princess’ dengan selamba berkata: “Senang kaki ayam, tak mahu pakai kasut,” apabila kasutnya tertanggal ketika sesi fotografi.

Apabila ditanya mengenai isterinya yang kini menjadi perhatian ramai, Henry, seorang yang berfikiran terbuka dengan senyum berkata:

“Saya bangga dengan kejayaan isteri saya. Sebab itu saya tidak pernah cemburu apabila kami ke pusat membeli belah dan ada yang menegur isteri saya tidak kira lelaki atau perempuan.

“Dari tindak balas itu, saya sering menasihati isteri saya agar sentiasa memperbaiki pembacaannya kerana dia kini membawa imej RTM.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.