saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 11/04/2007

Kwai Lam didenda RM114,000


Chow Kwai Lam.


SINGAPURA 10 April Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Malaysia Chow Kwai Lam yang didapati bersalah kerana cuba melakukan rasuah melibatkan satu perlawanan Liga Singapura (Liga S) di sini dua tahun lepas, hari ini didenda S$50,000 (RM114,000) atau boleh dipenjarakan empat bulan jika gagal membayar.

Hakim Daerah Jasvender Kaur menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa.

Pada 3 April, Hakim Jasvender menolak pembelaan Kwai Lam dan mensabitkannya dengan tuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 6(b) Akta Pencegahan Rasuah republik itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga S$100,000 (RM228,000) atau kedua-duanya.

Bekas pemain kebangsaan Malaysia itu didakwa menawarkan rasuah sejumlah S$200 (RM455) hingga S$300 (RM684), selain sejumlah tunai yang tidak dinyatakan kepada Zulkifli Zainolabidin yang merupakan penjaga gol utama kelab Paya Lebar Punggol.

Dorongan

Sogokan itu adalah sebagai dorongan untuk dengan sengaja membiarkan pasukan lawan menjaringkan dua atau tiga gol dalam perlawanan Liga S melibatkan Paya Lebar Punggol dan Home United pada 16 Jun 2005.

Semasa perbicaraan, Kwai menerangkan beliau hanya menguji penjaga gol itu kerana beliau mengesyaki dia (Zulkifli) mengatur keputusan perlawanan memandangkan beberapa kekalahan pasukan itu dalam liga tersebut.

Kwai Lam mewakili negara dari 1965 hingga 1971, kemudian menjadi jurulatih kebangsaan pada 1978.

Beliau juga pernah melatih Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Kwai Lam menjadi jurulatih Paya Lebar Punggol dari Disember 2004 hingga Jun 2005.

Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.