saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/04/2007

Majukan sekitar Masjid Datuk Machap sebagai tarikan pelancong

ALOR GAJAH 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Masjid Datuk Machap dan sekitarnya dimajukan sebagai tarikan pelancong.

Timbalan Perdana Menteri yang sempat mengunjungi masjid di tebing Empangan Durian Tunggal di Machap Baru itu berkata, masjid milik Jailani Mendik Mecap atau Datuk Machap itu boleh menjadi lambang jalinan baik antara orang Cina dan Melayu.

‘‘Di masjid itu kita boleh letakkan cerita bagaimana Datuk Machap menyelamatkan 50 orang Cina daripada dipancung oleh tentera Jepun dan bagaimana orang Cina kutip sumbangan untuk bina masjid ini,” katanya.

Najib berucap merasmikan Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam di Machap Baru, di sini. Masjid Datuk Machap terletak kira-kira 300 meter dari taman tersebut.

Masjid Datuk Machap dibina pada 1902 hasil sumbangan orang Cina dan papan tanda penderma bertulisan Cina masih ada pada salah satu dinding masjid yang uzur itu.

Di sebelah luar masjid, terdapat makam Datuk Machap dan beberapa ahli keluarganya.

Sebelum itu Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk pembangunan ekopelancongan di kawasan Machap.

Daripada jumlah itu, RM1.2 juta diperuntukkan bagi membina Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam manakala selebihnya untuk pembinaan Taman Negeri Melaka di Hutan Simpan Bukit Sedanan dan Sungai Tebong, di sini.

Menurut Tengku Adnan, ia adalah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan tawaran tender akan dikeluarkan pada pertengahan Jun ini manakala kerja-kerja pembinaan akan bermula 15 Julai.

‘‘Dengan ini, kita akan dapat memberikan satu suntikan semangat buat semua masyarakat setempat untuk menikmati ekopelancongan sekali gus merancakkan kelompok pertumbuhan sektor pelancongan di Machap,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.