saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/04/2007

Bukti keyakinan rakyat kepada PM

ALOR GAJAH 12 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap hari ini membuktikan keyakinan rakyat yang amat tinggi terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia adalah suatu kemenangan yang signifikan kepada kepimpinan Abdullah dan amat membanggakan.

“Ini menunjukkan sokongan rakyat kepada BN masih kukuh di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu.

BN mengekalkan kerusi DUN Machap setelah calonnya Lai Meng Chong, 56, berjaya menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang, 33, dengan majoriti 4,081 undi.

Najib berkata, kemenangan BN di kawasan itu akan membolehkan parti itu berbakti kepada penduduk Machap.

Menurutnya, kejayaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dalam menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat akar umbi juga merupakan faktor kejayaan BN di Machap.

“Walaupun sedikit berkurangan daripada segi majoriti, tetapi daripada segi keseluruhannya, memandangkan apa yang telah dilakukan oleh parti pembangkang, saya rasa amat berpuas hati dengan pencapaian kita,” kata Najib yang mengetuai jentera pilihan raya BN.

“Calon ini (Lai Meng Chong) kali pertama bertanding dan mendapat majoriti lebih 4,000 walaupun pembangkang cuba segalanya tetapi BN masih dapat majoriti besar,” katanya.

Kemenangan

Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kemenangan BN juga menunjukkan bahawa rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang tetapi mereka lebih yakin kepada siapa yang boleh membawa pembangunan kepada mereka.

Mengenai majoriti yang merosot, beliau berkata, perkara itu perlu dikaji tetapi ia tidak begitu signifikan kerana ada peti undi yang undi BN meningkat dan ada yang sedikit menurun.

Sebagai contoh di Peti Undi Machap Umboo, jumlah kiraan undi adalah lebih baik manakala di Machap Baru, berkurangan namun BN masih menang.

Beliau berkata, ada faktor lain yang menyebabkan ia jadi begitu tetapi untuk calon kali pertama, keputusan itu amat baik.

Najib berkata, ada juga pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak dapat balik pun menjadi satu faktor yang perlu dikaji.

“Mereka juga baru pulang untuk perayaan ‘Chin Beng’, jadi nak balik dalam tempoh dua minggu adalah berat. Jadi ramai juga pengundi luar tak balik,” katanya.

Beliau berkata, naik turun angka itu adalah perkara biasa dalam pilihan raya kecil lagipun calon dahulu adalah calon berpengalaman selama lima penggal, Exco kerajaan negeri dan sebagainya jadi faktor personaliti juga mungkin antara sebab pemilihan wakil yang dilakukan rakyat.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.