saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/04/2007

Penghargaan Abdullah kepada jentera BN Machap

KUALA LUMPUR 12 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan penghargaan kepada jentera Barisan Nasional (BN) di Machap ekoran kejayaan mengekal kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, pada pilihan raya kecil hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, turut melahirkan penghargaan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang sepanjang tempoh berkempen di kawasan berkenaan.

“Tahniah dan penghargaan kepada semua jentera pilihan raya BN dalam pilihan raya kecil kali ini terutama Datuk Seri Najib dan Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Mohamed Ali Rustam) dan anggota parti semua peringkat yang berada di Machap untuk berkempen.

“Mudah-mudahan dengan kejayaan ini ia akan beri peluang kepada wakil rakyat BN memajukan kawasan itu untuk menyambung lagi usaha yang dilakukan wakil rakyat sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu calon BN Lai Meng Chong menewaskan calon DAP Liou Chen Kuan Meng Chong, 56, seorang anak tempatan memperoleh 5,533 undi manakala Chen Kuang, 33, yang kali kedua dipertaruhkan oleh DAP untuk kerusi yang sama, hanya memperoleh 1,452 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Wira Poh Ah Tiam.

Abdullah berkata, walaupun ada kekurangan dari segi majoriti berbanding pilihan raya umum yang lepas, beliau gembira kerana jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini lebih tinggi berbanding pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2004, BN memenangi kerusi DUN Machap dengan majoriti 4,562 undi.

“Minat pengundi begitu tinggi, mereka mahu ambil bahagian, mereka mahu undi dan mereka mahu tunjuk sikap dan sokongan kepada calon yang jadi pilihan mereka. Ini baik.

“Walaupun ada kekurangan dari segi majoriti, pada saya ini perkara biasa. Kadang-kadang lebih, kadang-kadang (undi) turun. Sebabnya hanya dapat diketahui bila bilangan pengundi dari peti undi dapat dihalusi,” katanya.

Kepada Meng Chong, Perdana Menteri berpesan supaya beliau sentiasa peka dengan sebarang masalah yang dikemukakan rakyat dan mengambil tindakan segera apabila menerima aduan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.