saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/04/2007

BN pertahan kerusi Machap


KEJAYAAN BERSAMA... Najib Tun Razak (tiga dari kiri) bersama pemimpin Barisan Nasional (dari kiri) Noraini Ahmad, Mohd. Ali Rustam, Lai Meng Chong, Ong Ka Ting, Chan Kong Choy, Hishammuddin Tun Hussein dan Shahrizat Abdul Jalil meraikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap di Kompleks Japerun Bukit Bulat, Machap, malam tadi. – Gambar GAIE UCHEL.


ALOR GAJAH 12 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi pada pilihan raya kecil DUN itu hari ini.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, calon BN, Lai Meng Chong, 56, menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang, 33.

Keputusan pilihan raya kecil hari ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hasim Ismail selepas selesai proses pengiraan undi di Kompleks Japerun Bukit Bulat di sini, kira-kira pukul 7.45 malam.

Hasim berkata, Meng Chong memenangi kerusi DUN itu setelah meraih 5,533 undi sementara Chen Kuang hanya memperoleh 1,452 undi.

“Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di lapan pusat yang menyediakan 19 saluran mengundi,” kata Hasim.

Ini merupakan kekalahan kedua calon pembangkang itu selepas tewas kepada mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum ke-11 itu, Chen Kuang tewas dengan majoriti 4,562 undi. Beliau memperoleh 1,285 undi berbanding Ah Tiam yang mendapat 5,847 undi.

Meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Turut sama Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan para pemimpin kanan parti-parti komponen BN.

Pilihan raya kecil DUN Machap diadakan berikutan kematian Ah Tiam yang juga Pengerusi MCA negeri pada 15 Mac lalu akibat kanser dan kerosakan buah pinggang.

Sementara itu, Meng Chong berjanji untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan membawa lebih banyak pembangunan di DUN Machap.

“Saya akan sedaya upaya bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan agar dapat membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan Machap,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.