saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/04/2007

Bekas juara catur anjur anti-Kremlin ditahan, didakwa

MOSCOW 14 April Pemimpin pembangkang Rusia, Garry Kasparov, bekas juara dunia catur ditahan polis ketika penyokong- penyokongnya cuba menganjurkan tunjuk perasaan yang tidak dibenarkan di sini, hari ini.

Beliau kemudiannya dibawa ke mahkamah.

Seorang jurugambar Associated Press melihat Kasparov di dalam van polis, melambai dan senyum ke arah wartawan yang membuat liputan di Dataran Pushkin.

Kasparov mengetuai pertubuhan pem- bangkang, Barisan Awam Bersatu yang merancang mengadakan protes anti-Kremlin secara besar-besaran hari ini bersama dua kumpulan pembangkang lain, yang bertindak di bawah nama Other Russia.

Beribu-ribu anggota polis ditugaskan di dataran tersebut dan lebih 200 penyokong Kasparov ditahan.

Other Russia juga bercadang untuk mengadakan protes besar-besaran di St. Petersburg esok dan ia juga tidak dibenarkan.

Semalam, jutawan Rusia yang hidup dalam buangan di Britain, Boris Berezovsky mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengadakan revolusi bagi menjatuhkan Presiden Vladimir Putin melalui kekerasan.

Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.