saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/04/2007

‘Saya tiada TV, tak tahu Yin dicari’ – Noor Shida

KUALA LUMPUR 15 April – Pasangan Myanmar yang disyaki menculik Nazrin Shamsul Ghazali, 5, atau Yin tinggal di kawasan kejiranan yang diduduki oleh sebahagian besarnya bekas pelarian Suruhanjaya Tinggi Mengenai Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Pasangan terbabit, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 37, dan Noor Shida Nur Islam, 27, berkata, dia dan suaminya merupakan antara pewaris kepada ibu bapa mereka yang telah datang ke Malaysia kira-kira 20 tahun lalu.

Menurut Noor Shida, dia menjejakkan kaki ke negara ini ketika berusia empat tahun manakala suaminya ketika itu berumur 14 tahun.

“Ibu bapa kami sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

“Kami mendapat kerakyatan pada tahun 1992 dan sekarang tinggal tetap di negara ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Sentul Pasar yang ruang tamunya dipenuhi besi buruk dan barangan terpakai, di sini hari ini.

Noor Shida dan suaminya sempat ditemui oleh Utusan Malaysia pukul 11 pagi, kira-kira dua jam sebelum pasangan itu ditahan polis di rumah mereka kerana disyaki terlibat menculik Nazrin serta memaksa kanak-kanak itu mengemis.

Sepanjang lebih sejam berada di rumah satu bilik yang dibina dari batu blok yang tidak disimen itu, Noor Shida beberapa kali memberitahu, dia dan anak-anaknya rindukan Yusof (panggilan untuk Yin) setelah 15 hari tinggal bersama.

Berikut ialah transkrip penuh temu bual Utusan Malaysia dengan Noor Shida.

UTUSAN: Bagaimana kamu boleh terjumpa dengan kanak-kanak ini?

Noor Shida: Saya terjumpanya ketika Yusof hendak melintas jalan berdekatan dengan Sogo. Saya tarik tangannya apabila menyedari ada sebuah kereta hampir melanggarnya. Saya turut dimarahi oleh pemandu kereta itu kerana dia sangkakan Yusof anak saya.

UTUSAN: Apa kamu buat di sana?

Noor Shida: Saya membawa anak yang bongsu, Siti Shahida berjalan-jalan.

UTUSAN: Selepas menjumpai Yusof, kenapa tidak dihantar terus ke balai polis?

Noor Shida: Saya hendak hantar Yusof ke balai polis, tetapi tidak tahu caranya bagaimana.

UTUSAN: Kenapa selepas 15 hari baru usaha untuk pulangkan?

Noor Shida: Saya tidak mengetahui tentang kehilangan Yusof kerana tidak mempunyai televisyen di rumah. Saya juga tidak pandai baca (kecuali bahasa Myanmar).

UTUSAN: Semua orang hairan kenapa kepala Nazrin dibotakkan?

Noor Shida: Dua hari lepas bawa Yusof balik rumah, dia kena demam campak. Kepala dia ada gelembung air sebab itu rambut Yusof dicukur.

UTUSAN: Dapatkan rawatan untuk Nazrin di mana?

Noor Shida: Kami bawa dia ke klinik di Sentul tapi saya tidak ingat di klinik mana.

UTUSAN: Bagaimana 15 hari jaga Yusof?

Noor Shida: Ok... Yusof tidak susah jaga. Setiap pagi dia bangun pukul 8 kadang-kadang pukul 10 pagi. Kalau bangun dia minta roti canai. Biasanya tengah hari Yusof akan tidur. Bila dia bangun petang, dia akan minta biskut.

UTUSAN: Anak-anak kamu sukakan Yusof?

Noor Shida: Kelima-lima anak saya sukakan Yusof terutama yang bongsu tadi. Pagi ini, apabila bangun tidur, Shahida tanya ke mana Yusof pergi.

UTUSAN: Apa kamu jawab?

Noor Shida: Saya cakap ibu bapanya telah datang ambil.

UTUSAN: Apa permainan Yusof sepanjang di sini?

Noor Shida: Setiap hari, Yusof akan main pasir dan besi-besi buruk yang dibawa pulang oleh suami saya.

UTUSAN: Kamu rindukan Yusof?

Noor Shida: Rindu. Sebab saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.